PKP 3.0 Lockdown. Bagaimana Dengan MyWau?

Ramai yang bertanya, apakah status MyWau apabila bertembung dengan situasi Total Lockdown PKP 3.0 ini. Jawapan MyWau ringkas sahaja. Ya, kami beroperasi seperti biasa. Ini kerana 90% kakitangan kami semuanya boleh bekerja dari rumah. 

Apa-apa pun, mari kita sama-sama baca perutusan khas dari Pengarah Urusan MyWau, tuan Mohd Faiz. 

..

KENYATAAN RASMI

Harini, bermulalah perjuangan kita semua secara lebih serius untuk menentang pandemik Covid 19. Di sini kami ingin memaklumkan bahawa operasi Mywau berjalan seperti biasa. Proses pembelian, pembayaran kepada supplier, customer service turut siap sedia membantu anda.

Untuk makluman semua, ketiga tiga warehouse Mywau di China (2 Guangzhou 1 Yiwu) juga beroperasi seperti biasa. Proses penghantaran barang dari China ke lokasi anda dibenarkan memandangkan Mywau berada di sektor essential service.

Namun begitu, sila jangkakan sedikit kelewatan memandangkan pihak kastam tidak beroperasi secara penuh. Bagi kawasan PKPD,kami bergantung penuh kepada SJR (Sekatan Jalan Raya) sama ada kami dibenarkan masuk ke kawasan anda atau tidak. Jika penghantaran tidak dapat dilakukan, pihak kami akan berhubung dengan anda agar menukar alamat penghantaran (bukan kawasan PKPD).

Sama sama kita doakan kesejahteraan negara tercinta. Kepada Allah kami berserah.

-Faiz Zakaria-
Managing Director, Mywau
01.06.21

Bukan setakat itu, pihak warehouse di China yang diwakili oleh Pengurus Gudang iaitu Alice juga turut menghebahkan perkara yang sama. Ini berikutan ada beberapa kes jangkitan Covid-19 mula menular di Guangzhou dan beberapa pekan telah diisytiharkan Lockdown sekaligus mengundang resah kepada sebahagian seller di 1688. 

Maka, anda boleh saja berkongsikan gambar berikut, sebuah kenyataan ringkas dari Alice bagi menyakinkan seller-seller anda. 

Di harap dengan berita ini dapat memberikan senyuman buat anda, ahli MyWau yang kami sentiasa sayangi. Moga-moga situasi ini dapat kita sama-sama hadapinya dengan tenang dan kita doakan, agar Covid-19 ini akhirnya tertewas dan lenyap sampai bila-bila. 

Notis Kargo MAB KLIA Maklum Berlaku Sedikit Penangguhan Bagi Pengguna Penghantaran mengikut Kapal Terbang

Shipping delay, Shipping undelivery atau apa sahaja masalah dengan dunia shipping dari luar negara, ianya sebenarnya normal. Tanyalah siapa sahaja yang terlibat dalam hal import barangan ini pasti tidak akan lekang dengan masalah ini. 

Lain hal cerita kali ini. Bencana pandemik Covid-19 betul-betul membadai segenap pelusuk dunia dan mengakibatkan jutaan perniagaan terkesan. Bahkan ada yang dulunya kaya raya, ditanggung muflis akibat tiada pelan ganti dikala kecemasan. 

MyWau digemparkan hari ini dengan menerima kiriman screenshot dokumen yang mempunyai kepala surat Airfreight Forwarders Association of Malaysia (AFAM). Di dalam surat ini mengandungi kenyataan serta situasi yang dihadapi oleh pihak kargo KLIA dalam mendepani musibah Covid-19 ini. 

Menurut surat yang telah kami terima, pihak Kargo KLIA terpaksa menangguhkan sekejap oprasi menyusun barangan yang diterima dari luar negara kerana faktor kekurangan kakitangan serta banyak lokasi yang sedang disanitasikan. Antara yang menjadi kekangan besar buat mereka adalah, pihak Kargo KLIA kehilangan majoriti staf penting kerana terpaksa melaksanakan perintah kuarantin akibat dari kontak rapat dengan rakan sekerja yang positif Covid-19. 

Maka, MyWau mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua pengguna yang berhadapan dengan isu Flight Delay agar tidak panik dan kekal bersabar. Ini adalah dugaan yang tidak mampu kita kawal sama sekali. Pihak MyWau telah mendapatkan maklumat terus dari Pengurus kami di China, dan mereka memaklumkan hal ini boleh membawa kepada satu minggu penangguhan. 

Apa-apa pun, marilah sama-sama kita doakan agar ianya kembali pulih, dan pihak Kargo KLIA dapat beroperasi semula dengan kadar maksimum seperti biasa. Harap maklum. 

Arahan YG Logistic: Terima Sahaja Barang, Usah Tangguh!

Mengikut maklumat terkini, anggaran kemasukan penghantaran barang ke YG Logistic semakin meningkat di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Oleh kerana di atas faktor PKP, pihak gudang tidak mampu untuk mengoptimumkan pergerakan penghantaran seperti sebelum PKP. Kesannya, muatan di gudang semakin sempit sekaligus tidak mampu untuk menerima kontena baharu dalam waktu-waktu tertentu.

Maka, pihak gudang telah mengeluarkan notis baru yang mana, anda selaku pengguna MyWau wajib mematuhinya untuk memudahkan urusan penerimaan barang. Berikut antara yang telah dikeluarkan oleh pihak Gudang:

1- Semua parcel yang diterima dari kontena akan diagihkan dalam seminggu (sama ada di hantar atau anda self collect). Anda boleh terus mendapat panggilan dan wajib bersedia untuk menerima barang berkenaan. Usah bertangguh. Terima saja. Bagi yang tidak mampu dihantar, barang akan dipindahkan ke gudang sementara di mana ianya akan dicaj sewaan sehingga RM2 sehari.

2- Anda masih boleh menukar alamat penerima secara percuma dengan syarat, ianya melibatkan pertukaran alamat di dalam negeri yang sama sahaja. Pertukaran yang melibatkan negeri berbeza anda akan dicaj minimum RM50 / m3.

3- Semua kos penyimpanan mesti dijelaskan sebelum penghantaran dibuat atau anda boleh ke gudang untuk mengambil barang (self collect)

4- Anda dibenarkan untuk mengutipnya sendiri di gudang sekiranya gagal untuk menerima di lokasi seperti yang telah ditetapkan di sistem.

Di sini, MyWau memohon maaf di atas kekurangan dan kelemahan gudang YG yang tidak mampu untuk beroperasi seperti hari sebelum PKP. Bagi mematuhi saranan kerajaan, pihak gudang telah bersungguh-sungguh untuk meneruskan operasi di dalam kadar minima.

Bagaimana pun, ianya tetap melibatkan kos tambahan seperti kontena masuk yang terlalu banyak, tetapi perkhidmatan penghantaran yang telah dihadkan waktu perjalanannya.

Maka, pihak gudang terpaksa menyewa gudang sementara bagi menampung parcel yang berlebihan sekaligus terpaksa dicaj minima RM2 sehari sehinggalah barang diambil sendiri atau dihantar ke alamat anda.

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout