Sistem Add to Cart adalah Ciri Baharu di MyWau menggantikan Consolidate Payment

Hai MyWaurriors semua…

Lama tidak berjumpa. Kali ini apa lagi yang MyWau akan tambah baik ya? 

Baiklah. Baru-baru ini, kami ada berdepan beberapa masalah di bahagian IT terutamanya di bahagian proses REFUND dan perubahan status pembayaran di setiap Alipay Consolidate serta Pinduoduo Consolidate. Entah mengapa, semuanya jadi serba tak kena dan kami gagal mencerna beberapa masalah teknikal ini. 

Berikutan masalah ini boleh memberi kesan yang tidak bagus kepada user MyWau, jadi kami memutuskan untuk menghapuskan fungsi consolidate dan menggantikan dengan flow yang baru, lebih mudah dan lebih baik dari sebelum ini. Namun begitu, apa kata, kita faham dulu fungsi sedia ada, dan apa kesan-kesannya kepada anda sekiranya kami teruskan juga fungsi consolidate ini. 

Consolidate Payment

Semua maklum, di bahagian Alipay dan Pinduoduo Payment yang dimiliki oleh MyWau, semuanya ada fungsi consolidate. Ramai yang menantikan fungsi Alipay kembali dibuka adalah untuk menggunakan fungsi consolidate ini yang mana ianya boleh menjimatkan kos upah pembayaran. 

Dengan mengumpulkan kelima supplier dalam senarai Alipay MyWau secara maksimum membolehkan ahli hanya perlu menambahkan kos upah sebanyak RM4 sahaja. Daripada single payment yang mengundang kos tetap RM4, baik guna consolidate, ye dak? 

Apa-apa pun, akhirnya ianya telah mengundang beberapa masalah. Antara masalah paling ketara adalah, pihak MyWau gagal membuat refund dengan secara tepat. Beberapa kes sebelum ini, kami terpaksa mengembalikan semula wang user di mana Alipaynya yang pay off secara manual. Dari sudut teknikal, ianya telah membuang banyak masa pasukan MyWau yang sepatutnya boleh memfokuskan untuk membuat bayaran kepada supplier

Kadang-kadang, apabila ada di antara payment di dalam consolidate yang sama berdepan dengan isu pay off,  semua status berubah menjadi pay off. Ini membuatkan user bertambah pening dan gagal mencerna, adakah payment berkenaan sudah dibayar atau belum kepada supplier mereka.

Selepas diselidiki, ianya merugikan kedua-dua pihak. Di pihak MyWau akan sentiasa tercicir wang akibat terlebih refund dan user MyWau boleh terlebih bayar kepada supplier akibat status yang huru hara. 

Solusi kepada Consolidate

Maka, dalam minggu ini, kami telah berjaya mengubah satu flow bayaran yang serupa consolidate tetapi ianya tidak akan disenaraikan sebagai consolidate. Seperti fungsi Create Parcel, anda boleh masukkan lebih dari satu waybill dalam satu borang dengan meletakkan koma bagi memisahkan setiap waybill berkenaan, namun akhirnya ianya tetap disenaraikan sebagai satu parcel yang berbeza, dengan kod ID parcel yang jua berbeza. 

Begitu juga di Alipay dan di Pinduoduo. Bahkan Bank Transfer juga turut diubah agar semua user mendapatkan manfaatnya bersama. Bagaimana fungsi ini beroperasi? 

Untuk membuat bayaran Alipay, Pinduoduo atau Bank Transfer, anda hanya perlu menekan butang Create New seperti biasa. Anda dikehendaki untuk mengisi setiap butiran yang perlu anda isi. Tiada perubahan di sini, jadi anda tidak perlu risau. Sama saja seperti sebelum ini. 

Sesudah mengisi butiran yang betul, di sinilah ianya bermula. Anda akan diperkenalkan dengan ciri Add to Cart. Anda hanya perlu menekan butang ini untuk masukkan ke dalam ‘bakul’ bayaran yang berada di bawah borang tadi. 

Kemudian anda hanya perlu mengisi borang semula untuk masukkan payment kedua. Sehinggalah anda tidak mempunyai lagi bayaran yang perlu MyWau bayarkan kepada supplier anda. 

“Kejap, maknanya sudah tiada limit ya boleh dimasukkan ke dalam ‘bakul’ tersebut?”

Ya, tepat sekali. Kalau sebelum ini, consolidate terhad kepada 5 sahaja, bukan? Di fungsi add to cart ini, sudah tiada limit dikenakan. 

Kos upahnya bagaimana pula? 

Kali ini, kami menetapkan kos upah Alipay dan Pinduoduo hanyalah RM1 per transaksi. Ianya lebih adil untuk kedua belah pihak, Sekiranya pay off, kami akan pulangkan semula semua wang yang telah anda bayarkan kecuali kos FPX atau Kad Kredit / Debit. 

Bagaimana pun, kos upah Bank Transfer tetap RM2 per transaksi. Ini kerana, fungsi pembayaran menggunakan Bank Transfer sangat merumitkan dan mengambil banyak masa. Di peringkat user ianya mudah untuk dimuat naikkan, tapi tidak di bahagian pembayaran. Jadi, munasabahlah kos upah RM2 ini dikenakan untuk Bank Transfer. 

Selain itu, fungsi add to cart ini menjimatkan masa anda. Anda tidak perlu lagi pergi ke senarai Alipay untuk menekan butang Action > Pay Now semata-mata untuk melangsungkan pembayaran. 

Dari bakul tadi, anda terus boleh membuat bayaran. Flow kali ini lebih tersusun. Isi butiran. Kemudian add to cart. Seterusnya tekan butang Pay Now. Bayaran yang berjaya akan membawa anda ke senarai Alipay/Pinduoduo/Bank Transfer. 

Sekiranya pembayaran anda tidak berjaya, sila refer semula ke bahagian Create New Alipay/Pinduoduo/Bank Transfer. Ianya akan kekal di bakul kerana sistem tidak dapat capture bayaran yang telah anda lakukan tadi. 

Jadi, anda harus sentiasa beringat untuk tekan butang RETURN TO MERCHANTS atau RETURN TO FPX atau CLICK TO COMPLETE TRANSACTION. Ciri-ciri ini akan keluar di setiap kali anda melakukan transaksi secara atas talian. 

Nak selamat? Guna sahaja MyWau Pay. Ianya adalah satu cara yang lebih baik dan memudahkan anda tanpa perlu risau payment anda tidak berjaya akibat gagal menekan butang-butang khas pengesahan payment seperti yang telah saya sarankan di atas. 

Bila akan dirasmikan sistem yang baharu ini? 

Anda hanya perlu berjaga-jaga sahaja. Paling cepat akan dilaksanakan pada hujung minggu ini. Paling lambat adalah pada minggu hadapan. Harap anda tidak terkejut ya. 

Ingat, MyWau sentiasa berevolusi. Untuk memudahkan anda dan menjaminkan sistem yang lebih teratur serta bercirikan keselamatan yang tinggi. Terima kasih kerana sentiasa percayakan servis MyWau. 

Semua Wajib Ambil Maklum Pada Perubahan Cara Membayar Supplier Secara Manual

Baiklah. Kali ini saya akan kongsikan tentang cara membuat pembayaran secara manual pula. Cara manual ini bagaimana ya?

Cara manual ini adalah cara di mana kita membuat belian bukan menerusi laman web e-dagang. Kita biasanya menghubungi penjual menerusi peranti Aliwangwang atau aplikasi terkenal Wechat.

Sekiranya anda memang sedang menempah belian anda dengan cara begini, sila baca tutorial di bawah:

  1. Menempah (Order)

Anda boleh menggunakan peranti aliwangwang dengan memuat turun terlebih dahulu di sini. ALIWANGWANG.

Di sini juga saya sertakan video tutorial cara memuat turun dan menggunakan peranti khas yang dikeluarkan oleh pihak Alibaba.

2. Minta maklumat akaun bank penjual

Untuk menggunakan method pembayaran manual ini, anda wajib meminta maklumat berikut dari penjual anda:

  • Bank Name (Nama Bank)
  • Bank Account Number (No. Akaun Bank penjual)
  • Bank Account Holder Name in Chinese (Nama pemilik akaun bank tersebut tapi dalam bahasa Cina)
  • Total Amount to Pay (Jumlah nak kena bayar kepada penjual dalam matawang Yuan)

3. Isi maklumat di atas di dalam borang Bank Transfer di sistem MyWau Apps

Anda boleh terus ke menu services, pilih Bank Transfer dan seterusnya klik pada Manual Bank Transfer. Anda hanya perlu Create New sahaja di halaman ini.

4. Tekan Submit

Apabila sudah lengkap mengisi maklumat, anda boleh menekan butang submit. Sesudah itu anda terus menekan butang Action > View untuk melihat butiran pembelian anda atau tekan Action > Pay Now untuk membuat pembayaran kepada MyWau. Pada status ini, anda masih berupaya untuk delete sekiranya ada sebarang kesilapan maklumat.

5. Membuat pembayaran menggunakan MyWau Pay

Bagi memudahkan pengguna MyWau tidak perlu login bank berkali-kali, anda kini boleh menambah nilai ke akaun MyWau Pay anda terlebih dahulu. Sesudah menambah nilai, anda berupaya untuk klik pada Pay Now tadi.

6. Tunggu saja MyWau membuat pembayaran kepada penjual anda.

Okey, sampai sini dulu tutorial MyWau. Nantikan tutorial yang lain-lain juga ya.

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout