Vincenzo Cassano – Satu Revolusi Bisnes di dalam sebuah K-Drama

Dapatkan ikan yang besar, dengan umpan yang kecil

Sudah menjangkau episod ke-16, Vincenzo kini trending di Malaysia. Sebuah K-drama terbitan Netflix ini mengisahkan seorang peguam Mafia Itali berbangsa Korea, pulang ke tanah air kerana satu misi: merobohkan Plaza Geumga yang di bawahnya mengandungi 1.5 tan jongkong emas hasil peninggalan taikun China yang pernah dilindungi oleh Vincenzo suatu ketika dahulu. 

Konflik drama bermula dari plaza ini. Kepercayaan penghuni Plaza Geumga perlu diraih agar usaha merobohkannya lancar tanpa sebarang tentangan. 

Bagi penulis, kisah Vincenzo ini digarap santai, kelakar dan segar dari kebanyakan drama yang ada. Dengan sulaman latar belakang Itali dan mafia, kehidupan jenayah lalu Vincenzo tampak kejam, tiada belas kasihan dan paling penting, dia berhati kering!

Apa kaitan dengan revolusi bisnes?

Di dalam naskah bertemakan peguam dan undang-undang, Vincenzo disifatkan seorang yang sentiasa bermain di garisan undang-undang dan sebuah keputusan. Baginya, untuk membanteras penjahat, wajib diuruskan oleh penjahat lainnya. 

Ianya terbukti dengan kegagalan Hong Yoo Chan, seorang peguam yang sentiasa mengambil kes mangsa penindasan, tetapi kerana sentiasa ‘bersih’ maka dia selalu dikalahkan oleh barisan penjenayah berkolar putih. 

Berlawanan sikap dengan Hong Yoo Chan, anak perempuannya, Hong Cha Young pula digambarkan sebagai seorang peguam yang terkenal dengan sikap degil, dan mahu memenangi setiap kes, walau apa cara sekalipun. Kalau dulu, dia tidak kisah menang dengan ayahnya, tetapi setelah ayahnya mati dibunuh, maka dia kembali mengikuti jejak langkah ayahnya untuk membantu mangsa penindasan dengan lagak ‘mafia’. Of course, di belakangnya ada Vincenzo, si penakluk!

Di sini, apa yang dapat kita belajar adalah, Firma Guaman Jipuragi telah lama beroperasi, tetapi gagal untuk menarik banyak kes. Ini kerana, jenama kuno serta kegagalan kes-kes yang diuruskan oleh Hong Yoo Chan ternyata memberi kesan yang negatif  kepada operasi firma guaman lama ini. 

Vincenzo datang, dan mereka berevolusi. Dalam bisnes, setiap hari adalah hari revolusi. Tambah baik dan berkembang. Mesti ada penyusun atur atau strategist yang boleh membantu untuk membuat sebarang keputusan. Hong Yoo Chan juga mengakui, bahawa Vincenzo tepat dalam mengendali kes berprofail berat. Dia gagal, sebab dia baik. Untuk urus penjahat, biar penjahat buat kerja. Peguam berada di tengah-tengah untuk imbang tara keadaan. 

Strategist wajib pandai urus keutamaan bisnes.

Di dalam drama ini, yang mengetuai strategi adalah Vincenzo itu sendiri. Dibantu oleh rakannya En. Cho, En. Nam dan seluruh penghuni Plaza Geumga. Tanpa watak-watak tambahan ini, strategi akan kekal strategi. Tiada revolusi di dalam pembentukan sesuatu keputusan.

Bisnes mesti berpaksikan dengan urusan keutamaan. Di kala yang lain sibuk nak membalas dendam dengan cepat, Vincenzo lebih cermat dalam melakukan sebarang tindakan. 

“Ya, aku memang nak balas dendam. Tapi beransur-ansur.”

Kata Vincenzo ini pendek. Tapi ianya membantu kita, sebagai seorang pendiri bisnes untuk kekal dengan prinsip, dalam masa yang sama, kita mesti uruskan ikut keutamaan. Jangan tergopoh gapah sehingga membuahkan kesilapan yang tidak perlu. 

Keputusan memang penting, tetapi progres mesti kekal untuk sampai ke matlamat asal. 

Penulis teringat satu babak, di mana Vincenzo dan rakan-rakan, dapat memperdayakan barisan penjahat dari Babel Group dan Firma Guaman Wusang iaitu, pelajar praktikal, Jang Jun Woo, Peguam Choi Myung Hee, Pengarah Han Seung Hyeok dan Pengerusi sementara, Jang Han Seo. Di kala, penjahat meraikan kemenangan, tetapi ianya hanya untuk mengalihkan perhatian mereka kepada sesuatu perkara yang lebih khusus, maka Vincenzo sekali lagi berjaya menekan kumpulan penjahat ini. Meremang la bulu roma bila penulis menonton babak tersebut. Nak tahu feel nya macam mana, kena la tonton sendiri. 

Di dalam bisnes, kita memang sentiasa nak mencapai matlamat untuk menjadi no. 1. Tapi adakah itu yang kita kejar? Kalau dah dapat no. 1 nak dapat apa lagi? Melalui Vincenzo, nak mengalahkan penjahat, memang mudah. Kumpul bukti dan terus menang kes. Tapi kenapa dia tak buat begitu sedangkan bukti paling ditakuti oleh golongan penjenayah korporat serta penjenayah politik Korea sudah berada di tangannya? 

Of course sebabnya ada dalam jawapan Vincenzo di episod seterusnya. 

Biar penjahat uruskan penjahat. 

Di sini, biar orang lain yang buat keje nak jatuhkan pesaing. Kita? Fokus bangunkan bisnes kita. Kuatkan bisnes kita. Cari strategi yang berbeza untuk kekal bersaing. Bukan sibuk fikirkan strategi bagaimana nak lumpuhkan pesaing tanpa kita tingkatkan kualiti sendiri. Lambat laun, bukan orang lain yang jatuh, tapi kita yang jatuh terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab kita sibuk dengan track orang, sehingga lupa track sendiri yang berada dalam keadaan cacar merba. 

Vincenzo tak lupa. Dia fokus. Kalau anda sayangkan bisnes anda, sila fokus. Usah risau tentang pesaing. Lebih baik risaukan kelemahan sendiri agar tidak terperangkap dengan ‘penjahat’ di luar sana. Penjahat ini hanya menunggu masa. Di saat kelemahan kita terpamer, maka di kesempatan inilah, mereka akan menjatuhkan kita. 

Aksi tidak seperti Mollywood, tetapi emosi setanding dengan kebangkitan hero Tamil membelasah penjahat 

Bijak tak bijak penulis skrip Park Jae Bum dan juga pengarah Kim Hee Won, mesej serta kesan aksi di dalam drama ini betul-betul buat kita rasa puas hati. Padan dengan muka penjahat. Jangan ada langsung perasaan belas kasihan! Semua emosi ini akan bermain di benak otak kita. Lepas satu-satu Vincenzo berjaya mendahului musuhnya. 

Cerita Vincenzo adalah realiti, dan bisnes juga adalah sesuatu yang real 

Benda nyata. Bukan benda fantasi. Vincenzo mungkin satu fiksyen, tapi ceritanya adalah cerita hakiki. Yang mana kita semua mengalami perkara yang sama. 

Perasaan dibuang keluarga, perasaan sebuah penyesalan, dan sakitnya hati kehilangan, ini semua adalah keadaan yang nyata buat kita semua. Itulah perasaan yang kita hadapi sewaktu membangunkan bisnes. Berapa banyak keputusan yang telah kita lakukan dan ianya adalah satu keputusan yang salah? Mesti banyak kan? 

Menyesal bukan satu pilihan. Ianya adalah kesan dari 1001 kesilapan yang kita tak jangka. Di dalam hidup Vincenzo, ada terdapat banyak kekesalan. Tetapi dia tetap hidup. Sebab untuk kekal hidup, kau kena hadap kekesalan itu. Terima dan hadam. 

Bak kata pemilik kedai jahit di Plaza Geumga, Tak Hong Sik:

“Aku dulu bekas gengster. Hidup macam kau. Sama saja. Aku juga ada kekesalan dalam hidup aku. 

Tapi aku tak mahu dengar kau sebut nak cuci tangan atau bertaubat. Teruskan dengan cara kau. Sebab hanya cara kau saja boleh tumpaskan penjahat di sana”. 

Makna kata lainnya, hanya penjahat boleh kenal sape penjahat. Penulis tak mahu anda faham konteks ayat ni hanya melalui lafaz semata-mata. Faham kan di sebalik ayat ini. Untuk hidup kita kena kenal diri kita. Kenal potensi diri. Ya betul, kita memang ada penyesalan dalam hidup kita. Tapi jangan ubahkan siapa kita, tapi ubahkan cara hidup kita. Ubahkan cara faham kita tentang survival. Kalau dengan cara sekarang kita mampu bantu orang, maka kekalkan. Itu la sebetul-betul taubat walau tidak terungkap. 

Dalam bahasa lainnya, cakap saja tak guna. Better, buat saja. Kalau mulut sebut nak bertaubat, tak selari dengan tindakan, maka ianya tak guna. Sama saja. Sebab itu Tak Hong Sik berkata begitu. Walau dari segi lafaz tak sama, secara psikologinya, perbuatan yang Vincenzo buat sekarang adalah tepat pada masanya, kena dengan orangnya, sesuai dengan mangsanya. Maka tak perlu ubah. Kekalkan. Jadi tak perlu sebut nak cuci tangan. Ubah saja, kalau dulu dia seorang Mafia, seorang bertaraf Consigliere, yang hidupnya melindungi mafia, kini dia berjuang untuk melindungi golongan yang lemah. Takde kuasa. Takde duit. Maka, Tak Hong Sik berharap agar Vincenzo kekal begini. 

Kalau tanya penulis, Vincenzo memang ada ruang lingkup peminatnya yang tersendiri. Bahkan ianya menjadi tular kerana kesegaran jalan ceritanya, dan yang paling penting semua perasaan yang berlegar melalui drama ini, begitu dekat dengan kita. Tak perlu lari pun. Just hadap. Hadam. Kemam. itu la Vincenzo dalam diri kita. 

Selain dari mesej di atas, antara yang menjadi topik hangat adalah unsur pengkhianatan. Di dalam bisnes pun sama. Keparatnya sama selagi yang menguruskan perniagaan itu namanya manusia. Jadi, di dalam siri ini, kita akan dapat saksikan kejutan demi kejutan berlaku di setiap episod. Lepas satu pengkhianatan, akan datang pengkhianatan yang lain. 

Bila ditanya oleh Hang Cho Young, peguam jelita yang serba nakal ini, “Kau takde rasa nak marah ke?” apabila melihat mereka ditikam belakang oleh orang yang mereka percaya. Apa jawapan Vincenzo?

“Aku sangat marah. Tapi aku dah biasa.” 

Hanya mereka yang dah lalui banyak kesakitan sahaja yang akan mampu menjawab begini. Alah bisa tegal biasa. Satu simpulan bahasa yang tepat untuk mereka yang sudah lali. 

Dan apabila anda berada di fasa ini. Sedarlah anda kini menjadi Vincenzo untuk bisnes anda sendiri. Anda akan hadap. Hadam. Kemam masalah anda sendiri. Dan terus bangkit berlari, melompat, dan berdiri lebih tinggi dari waktu sebelumnya. 

Sebab itu, jadilah Vincenzo untuk kekuatan bisnes anda. Usah lari dari masalah. Jalan terus!

JPY
Setakat 16 episod ini, aku akan bagi 11/10 rating. Terlebih rating sebab ianya terlalu seronok dan terlalu hebat untuk ditonton. Serius puas!

Sumber foto:

The Sun Daily
Kdramadaily
Drama Milk
South China Morning Post
Korea Portal
Detikcom

Facebook Shop, Harapan Baru Peniaga?

Usai sahur, aku membuka facebook. Bagi merehatkan sejenak diri selepas mengisi makanan sebagai bahan tenaga baru untuk menjalani ibadah puasa hari ini. Tak sahur, tak ikut sunnah puasa. Tak syok la kan. Baik. Berbalik kepada topik di atas, aku nak share satu perkara ini. Ianya baru saja lalu di timeline Facebook aku. Sangat berbaloi untuk dibaca. Kerana apa? Kerana ianya ditulis sendiri oleh Mark Zuckerberg.

Siapa Mark Zuckerberg ni? Takkanlah tak tahu. Inilah founder kepada Facebook. Aplikasi yang releven., bertahan lama dan kekal fresh di mata pengguna. Friendster ke, MySpace ke, semuanya telah ditapau oleh Facebook. WhatsApp datang pun, Mark turut membelinya. Dia sudah ada messenger apps. Lepas tu Instagram jugak.

Yang aku terasa nak kongsikan pada hari ini adalah, elemen baharu di Facebook, yang baru saja diumumkan oleh Mark Zuckerberg menerusi Facebook personal beliau sejak 4 jam yang lalu (dari saat artikel ini dimuat naik). Apa yang dikatakan features baru tu? Nama features baru ini adalah Facebook Shop.

Facebook Shop ini adalah satu element di mana pengguna Facebook berupaya untuk setup kedainya sendiri. Secara teknikalnya, aku tak dapat nak cerita daripada sudut mana ianya bermula. Sebab di Facebook kita masih belum ada features ini. Amerika ah dulu yang leh guna. Macam tak biasa. Ye dak…

Mark menyatakan, Facebook Shop ini khas dikeluarkan adalah semata-mata untuk menjadi salah satu penyumbang kepada komuniti usahawan yang terjejas teruk dek penangan Covid-19 ini. Bayangkan kedai kita yang dulunya meriah dikunjungi orang ramai, oleh kerana Covid-19, kita terpaksa menutup seluruh operasi. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menambah rasa duka itu. Maka, lebih lama kita berkurung tanpa dapat generate pendapatan apa pun selama berbulan-bulan, lebih teruk bisnes kita akan jadi.

Sumber gambar: https://neilpatel.com/blog/coronavirus/

Bak kata Mark, selepas berhempas pulas mencantumkan idea, merealisasikan secara data seterusnya diaplikasikan di dalam Facebook, akhirnya mereka menemui cara untuk pengguna MyWau memiliki kedai online ini secara percuma. Seperti di Shopee, kita juga bebas untuk setup apa-apa kedai dan jual apa-apa barang yang sah untuk dijual. Facebook Shop pula menetapkan nilai yang lebih tinggi dek kerana live feednya yang luas, serta mencangkupi kehendak social life masayarakat. Yang nilah Shopee pun turut menambah baik features mereka sekarang ini. Humanising the system!

Facebook Shop bolehlah dikatakan antara alternatif yang sangat baik untuk persembahkan produk kita. Yang lagi best Mark kata apa tau… Dia kata, sejurus kita selesai membangunkan satu kedai, secara automatik kedai kita akan wujud di Instagram. Dengan syarat, kita kena sync dululah akaun Facebook dan Instagram. Di sini, pengguna Instagram pula yang akan jadi pengunjung tetap ke kedai kita. Medium komunikasi yang dipilih pula tak lain tak bukan, mestilah medium Messenger Apps dan WhatsApp. Mudah gile kan?

Sumber gambar paparan di facebook: https://about.fb.com/news/2020/05/introducing-facebook-shops/

 


Sumber gambar paparan di Instagram: https://about.fb.com/news/2020/05/introducing-facebook-shops/

 

Tidak lama selepas itu, Mark Zuckerberg turut mendedahkan bahawa, di setiap cerita pasti akan ada nilai tambah untuk meningkatkan keseronokan pengguna. Apa yang Mark akan lancarkan juga adalah features untuk pembeli ‘mencuba’ produk kita secara digital dan online. Maksudnya begini, seandainya anda menjual alatan kosmetik, pembeli berupaya untuk test dulu gincu, atau apa saja yang ada di kedai anda dengan menggunakan fungsi cubaan ini, untuk melihat wajah anda sendiri dengan hasil solekan, sama ada sesuai atau tidak alat solek berkenaan di wajah kita.

Apa yang aku faham, fungsi ini telah pun wujud di dalam ruangan live video call Facebook, di mana kita boleh mencuba sebarang permainan yang menggunakan wajah kita sendiri. Di samping itu, pembeli turut dapat memaparkan perabot atau perkakasan di dalam rumah kita seperti dalam bentuk CGI atau 3D. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keseronokan para pembeli dalam menentukan keputusan mereka. Apa yang aku baca lagi, teknologi yang bakal digunakan oleh Mark adalah Artificial Intelligennce (AI). Dengan AI inilah, sistem dapat membaca struktur muka pembeli, interest mereka dan cara mereka membeli.

Agenda Mark tidak berhenti di situ. Bagi yang mahu stand out kan lagi kedainya, Facebook juga menyediakan Adsnya yang tersendiri. Mungkin kita leh bagi nama baru, iaitu Shop Ads, maybe? Bagi yang dah biasa buat Facebook Ads, ianya pasti tidak akan memeningkan anda. Kalau Mark cipta benda ni, in hard ways, maka boleh la pengusaha teknikal Facebook Ads buat duit pula. Buat duit dengan jualan perkhidmatan pemasaran. Siapa tahu kan? Tak semua power benda-benda IT ni.

Facebook Live Shopping

Tambahan lagi, Facebook Shop juga akan menyediakan platform Live Shopping Features. Bak kata Mark Zuckerberg lah. Orang guna Live Streaming Facebook untuk menjual barang dah lama dah. Bertahun dah. Tengok la setiap pagi, petang atau malam. Ada ja orang share Facebook Live mereka. ‘Share dulu ya. Share dulu.’ Itulah antara tagline yang aku selalu dengar. Maka, Facebook Shop juga mahu menyediakan fungsi sebegitu. Jadi, tak perlu la nak setting live streaming tu semua. Ada produk, wat je live dari kedai anda sendiri. 

Instagram Live Shopping

Mark Zuckerberg telah pun melangkah lebih jauh dan laju. Beliau tahu cara nak utilize sistem Facebooknya sendiri dan kini sedang menuai pendapatan yang cukup tinggi. Facebook Ads pun sudah tidak semurah dulu. Apa sahaja yang berlaku, kita tetap dapat untung juga. Salah setting, rugilah. Kalau interest tepat, objektif iklannya sampai serta tiada isu semasa yang mengganggu algorithm Facebook, memang syoklah buat duit. Rumusannya, Facebook Ads masih lagi releven. Ditambah pula dengan Facebook Shop sebegini, lagilah memberikan kita sumber yang cukup banyak untuk memulakan perniagaan pertama online kita.

Harapan besar Mark adalah untuk melihat kita semua dapat manfaat dari Facebook Shops ini. Bagi ahli-ahli MyWau, inilah masanya. Beli barang dari China, setup kedai di Facebook dan juallah dengan bebasnya. Di Shopee ada, di Facebook pun ada. Tak perlu nak kena buat status menjual je setiap hari di wall kita. Friendlist kita pun naik menyampah. ye dak? So, tunggu dulu pengumuman dari Mark Zuckerberg atau Facebook team di Malaysia. Kita tinggal nak tekan butang Update je la kot dekat playstore atau appstore. Ke korang nak call Mark Zuckerberg terus? Hahaha.

Secara jujurnya aku pun tak sabar nak menelaah serta mencuba benda alah ini. Korang rasa macam mana?

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout