Alhamdulillah, Revenue 2020 Hampir Cecah 8 angka – Shukri Ommo Home

23 Oktober 2020 menyaksikan encik Shukri Razak Aq telah memuat naik satu status yang menginspirasikan di dalam Facebook Group MyWau Official Group (abc).

Apa yang dikongsikan telah memberikan semangat buat semua ahli MyWau yang lainnya. Ini kerana apa yang dibawakan oleh MyWau adalah #SuccessIsReal. 

Jom sama-sama kita baca apa yang telah dinukilkan oleh tuan Shukri dari Ommo.home ini. 

SEKADAR SHARING
 
“Walaupun jual barang China, tiada produk sendiri, kita masih boleh bina jenama.
 
JENAMA sangat penting untuk bagi kita kekal sustainable. Kita bukan nk bisnes sebulan dua.
 
Saya mula secara serius bisnes barang decor dan kelengkapan rumah pada Jan 2019 dengan beli melalui agen.
 
Mula belajar dengan MYWAU pada Jan 2020.
 
Masih saya ingat, saya mengikuti personal coaching pada 10 Jan 2020.
 
On the spot tu jugak sempat buat beberapa order dari 1688. Sebab nk kejar sebelum China tutup Raya Cina.
 
Punyalah kalut time tu.
 
Long story short, makin lama makin berkembang.
 
Dari 0 modal kepada 7 angka modal beli barang.
 
Dari order sikit sikit, skrg dah order by kontena.
 
 
Dari bermula kat rumah skrg sudah ada 2 cawangan.
 
Dari seorang staff pada Jul 2019 kepada 26 orang staff pada Jul 2020.
 
Dari tak dikenali kepada brand yang jadi tumpuan artis-artis.
 
Semuanya bermula dengan kesungguhan tanpa jemu.
 
Sentiasa improve segenap peringkat.
Sentiasa mencari jalan untuk memaksimakan performance, jualan serta keuntungan.
 
Alhamdulillah sekarang revenue 2020 hampir cecah 8 angka.
 
Saya sama seperti kebanyakan orang.
 
Tanpa modal tanpa ilmu.
Yang saya ada cuma usaha.
Man Jadda Wa Jadda.
 
Terima kasih pada MyWau kerana beri jalan yang lebih mudah pada permulaan perjalanan bisnes saya ni.”
 
Shukri Razak Aq
 
Macam mana, inspirasi tak bila baca pengalaman tuan Shukri Ommo.home ni? Kalau terinspirasi, apa kata tinggalkan komen anda di bawah ini. 
Pengarah Urusan MyWau Turun Padang Buat Delivery

Siapa sangka. Status sebagai Pengarah Urusan di Mind Trade Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai MyWau tidak menafikan komitmen serta tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah pengguna MyWau.

Umum sedia maklum, kita sehingga ke hari ini masih berdepan dengan kemelut virus coronavirus yang tidak diketahui bila ianya bakal berakhir. Dengan arahan serta pembudayaan norma baharu yang dituntut oleh Kerajaan Malaysia membuatkan kita serba serbi kekok dalam mengharunginya.

Begitu banyak industri kecil dan besar terjejas. Baik dari segi operasi, pekerjaan mahupun pendapatan. Tidak ada satu pun terkecuali dari menerima impak penangan Covid-19 ini.

MyWau mempunyai cabaran yang tersendiri. Banyak barangan yang diimport dari China sangkut di pelabuhan serta diperam begitu lama di gudang Malaysia. Akibat lambakan kontena, limitasi kakitangan Kastam Malaysia, dan kekurangan lori penghantar, maka ianya mengecewakan puluhan pengguna yang tidak bernasib baik.

Barangan ini sebenarnya telah tersadai sejak 25 Mac 2020 lagi, sehinggakan ada pengguna MyWau yang melahirkan kekecewaan akibat kemelut bencana ini sekaligus memaksa mereka terpaksa memulangkan semula wang belian pelanggan mereka. MyWau adalah identiti yang sentiasa mendokong usahawan di Malaysia. Kami tahu, ianya tidak akan selesai kalau semua tidak mengambil serius.

Dalam kekalutan, Pengarah Urusan MyWau bertekad untuk membuat penghantaran secara ‘personal’ dan memohon maaf di atas kelewatan penghantaran barangan-barangan mereka. Pasukan shipment MyWau, dan pasukan Khidmat Pelanggan MyWau juga berganding bahu menjejak senarai tracking lama yang tidak dikemaskini bagi mendapatkan butiran penghantaran.

Maka, di dalam sejarah menyaksikan, tanggal 8 Mei 2020, Tuan Mohd Faiz dan Tuan Khairul dari jabatan shipment telah bergegas ke YG Logistic untuk mendapatkan barangan yang masih belum dihantar. Ada juga yang telah dihantar menggunakan Citylink, dan ada juga yang telah dihantar secara personal.

Semalam, 9 Mei 2020, Mohd Faiz dan Khairul telah pun berada di Kedah. Digambarkan perjalanan mereka akan meliputi negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sebelum mereka pulang dan mendapatkan barangan lain lagi untuk zon negeri yang berbeza.

Secara jujurnya, tidak ada sesiapa yang mahukan dan sukakan sebarang penangguhan. Namun, di MyWau ianya adalah situasi yang sangat tidak boleh diterima dan kami sendiri menanggung kos penghantaran bagi menyelematkan terus pengguna MyWau yang ketandusan produk jualan mereka.

Allah sayang semua, bak kata Ustaz Ebit Lew. Maka MyWau juga sayang semua ahli keluarga MyWau. Beli sikit atau banyak, ahli lama atau baru, marilah kita sama-sama belajar dari peristiwa ini.

“You Get What You Pay” – Faiz

You Get What You Pay.

Ini adalah apa yang aku dapat sepanjang aku bergelumang dalam dunia Borong China ini. Kita putar masa. Balik ke zaman 3-5 tahun dulu. 

Setiap kali aku berbicara mengenai industri ini, pasti akan ada yang menempelak. Betul ke bro, barang China ni berkualiti? Aku tengok banyak yang barai ada lah!

Betul. Aku tak nafikan. Pada waktu itu, banyak kes jugak yang terjadi. Bahkan kalau diselak semula jendela hidup aku, memang pernah aku ‘terkena’ dengan barang dari China ni. Tersungkur dibuatnya!

Dulu-dulu. Kawan-kawan kenal aku sebagai Faiz Borong China. Yelah, apa yang aku tulis di facebook, apa yang aku buat, semuanya berkenaan borong barang dari China. 

Siapa yang kenal dengan Paih, pasti tau aku pernah jual Cadar Patchworks, Powerbank dan juga Pen Drive. Waktu mula-mula nak merasa aura jutawan muda. Study pun dah di hujung waktu dah. Grad je terus sambung projek ni. Ada la staf sorang. Rumah dah macam gudang. Tinggal bilik aku dan bilik isteri ja. Kawin muda la katakan. 

Nak dijadikan cerita, waktu aku pernah memborong Pen Drive dulu-dulu, adalah aku pernah menekan harga dengan sorang supplier aku ni. Aku pergi ke China direct taw. Zaman tu mana ada lagi dunia Taobao dan 1688 ni semua. Kalau nak barang, pergi sana. Jumpa face to face. Pandai-pandai la nak wat bisnes kan?

Aku tekan betul-betul kali tu. Waktu tu buat duit kencang jugak dengan pen drive ni. Benda kecik. Budak-budak universiti la paling ramai yang beli. Penting kot nak simpan data assignment, movie dan lagu. Memang berebutlah. 

Supplier aku memang dia kata semua ada. Sampai rapat aku tekan harga. Dia kata okey. Boleh. Aku pun memborong. Habis ribuan ringgit jugak taw. Terbayang dalam kepala, berapa untung aku dapat. Leh makan puluhan ribu jugak outcome aku kali ini. Yelah, cuba bayangkan kalau dapat kos produk jatuh RM1-RM2, pastu kau jual semula dengan harga RM60 – RM80 satu. Waktu tu, yang bersaiz 256MB pun dikira paling besar dah.. Hahaha. 

Berlambaklah kawan-kawan seuniversiti yang nak menempahnya. Siap ada kawan-kawan universiti lain pun sama masuk menempah juga. Maka dipendekkan cerita, barang pun sampai. Akulah yang paling happy. Seronok mengira untung. Tolak kat ejen pun masih lagi buat untung banyak. Seronok tak terhingga!

Tiba-tiba aku dapat panggilan. Satu persatu. Semuanya dari ejen. Mereka kata pen drive tu tak asli. Ciplak. Kat luar tulis saiz besar. Bila dipakai, masuk satu fail terus full. Takleh masuk apa-apa dah. Aku dah resah. Ah sudah. Mungkin satu dua je lah yang defect. Leh la aku refund semula. 

Aku silap. Lepas satu-satu ejen yang pulangkan semula. Ada yang marah-marah. Aku terduduk. Masa tu, perasaan tu takleh dibayangkan lah. Baru ja nak naik. Nak seronok-seronok meniaga. Apakan daya. Kalau kita rasa panas tu berpanjangan, akhirnya hujan di tengah hari. Habis spoil mood. Aku usahakan juga untuk refund semua duit. 

Apa lagi aku pun balun jugak lah dekat supplier. Aku marah dia sebab jual fake item kat aku. Dalam marah-marah tu aku tersedar. 

Yang silap ni bukan supplier. Tapi aku. Aku yang mendesak. Aku yang minta semua ni berlaku. Aku beli yang murah, aku dapat yang low quality. Aku yang tempah maut. Aku kena hadap lah!

Selepas kejadian itu. Aku tak pernah lagi main harga dengan supplier. Yang original je aku cari. Walaupun harga sedikit mahal, tapi aku puas. Pelanggan pun suka. 

Ya, di sinilah aku sedar. You will get for what you pay. Kau beli yang cokia, ko akan dapat yang cokia juga. Kena faham aturan dia. 

Harap korang dapat sesuatu dari pengalaman aku yang tak seberapa ni. Berbalik kepada barang China semua low ke? Dulu, mungkin ada dalam 30 -40%. Kini nak jumpa yang tak kualiti tu hanya dalam 10% jaa. 

Korang kena bayar dengan apa yang korang bakal dapat. Nak emas, harga pun emas lah kan. Tapi still boleh buat duit apa. Ubah pandangan customer dari hanya tengok pada harga, beralihlah kepada tengok kualitinya. Baru senang hati nak meniaga. Kan?

Faiz Borong China
Lelaki Pernah Tertiarap

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout