70 PELAJAR UIAM DAPAT MANFAAT 3K BAGAIMANA NAK START BISNES

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Apa khabar? Saya doakan agar semuanya sihat sejahtera. Bahagia bersama keluarga tercinta. Dan bersemangat mencari rezeki untuk anak isteri. 

Kali ini, saya merasa sangat gembira. Kerana apa? Kerana UIAM, sebuah universiti yang pernah membimbing diri ini, memanggil kembali untuk menabur bakti dan budi. Berkongsikan ilmu yang sedikit, untuk manfaat semua pelajar keusahawanan. Terasa bangga pun ada. Syukur alhamdulillah. 

Baiklah. Jangan salah faham. 3K di atas bukan bermaksud RM3,000 tau. Hahaha. Sebenarnya, ini adalah ilmu yang saya amalkan, praktikkan, semasa membesarkan dan membangunkan MYWAU ini. Kini saya perturunkan ilmu asas ini kepada 70 orang pelajar yang dibawakan oleh Pusat Pembangunan Usahawan UIAM (EDC). Terima kasih tau EDC sebab menjemput saya dan team MYWAU.

Jom sama-sama kita menghayati, apakah ia 3K ini. 

(1) KENAL 

Di fasa ini, wajib untuk kita kenal dulu beberapa perkara. Kenal diri. Kenal bisnes itu sendiri. Kenal siapa bakal pelanggan kita. Saya tanya di dalam kelas tempoh hari, “Siapa di sini, yang bermazhabkan buat produk dulu baru cari pelanggan?”

Separuh daripada pelajar mengangkat tangan. Selebihnya lebih percaya cari pelanggan dulu barulah mencipta produk. Saya berikan contoh MYWAU. Kami tidak buat produk dulu. Kami tanya pelanggan kami. Apa yang mereka perlukan di dalam industri ini. Apa yang mereka cari selama ini? 

Jawapan yang saya terima adalah, nak tahu cara cut cost. Nak tahu cara jimat dalam proses memborong direct dari China dan tidak mahu lagi ke China. Guna online saja. 

Okey. Saya dan tim pun menubuhkan kelas Super Combo Taobao dan 1688. Datang ke kelas belajar website memborong. Ada caranya untuk tapis seller dan kilang. So, ianya dapat mencapai objektif dan mencari penyelesaian kepada pelanggan-pelanggan MYWAU. 

Kesimpulannya, ramai pendiri bisnes yang berjaya adalah, mereka yang cari ‘ubat’ kepada masalah pelanggan. Maka bisnes itu releven dan hidup. Para pelajar menggangguk. Saya harap mereka faham. 

(2) KEKAL

Di fasa ini, para pelajar didedahkan dengan tips pengurusan bisnes. Banyak tips dan ramai guru yang boleh membantu kita mengekalkan bisnes kita. 

Apa yang saya kongsikan adalah, bagaimana 6 roda pengurusan bisnes harus diterapkan. Kena ada pasukan. Jangan buat sorang-sorang. Penat. Dan bila kita dah exhausted, bisnes kita jugak boleh malap. 

Terima kasih kepada Byond Success yang sentiasa menjadi penasihat kepada MYWAU. Oleh kerana saya juga di dalam dunia training, saya selalu merujuk Tuan Abdul Basit dan Tuan Malik Hairuddin, orang kuat Byond Success. Maka, ilmu mahal ini juga saya share kepada para junior saya di UIAM. Moga mereka mengerti dan faham.

Di fasa kekal, kita jangan terlalu ghairah berbelanja. Kestabilan hanya diraih di fasa ketiga. Fasa kekal adalah di mana, kita sedang survive untuk mengekalkan bisnes kita agar kekal berada di track yang betul dan tepat. Waktu ini, kita perlu kuat sekuat-kuatnya. Ujian itu datang dari semua arah. Jadi jangan sekali-kali kita berputus asa. 

(3) KEMBANG

MYWAU masih lagi setahun jagung. Kami tak malu nak mengaku. Kami sedang berusaha di fasa kekal. Mahu terus segar di dalam industri. Tahun 2020/21 bakal menyaksikan kami di fasa kembang. Tak mengapa lewat sedikit. Janji kami statik di track kami sendiri. Tidak tergelincir dan tumbang. Sama juga dengan anda. Kami mendoakan agar anda selamat di track bisnes anda sendiri. Amin. 

Di fasa kembang, saya terangkan kepada pelajar. Jangan kedekut untuk berbelanja. Expand mana yang perlu. Tambahkan team kalau perlu dan ada kekuatan kewangan. Tambahkan cawangan kalau perlu dan ada sumber yang kuat. Bila waktu sesuai? Ianya bergantung dengan bisnes masing-masing. 

Ada yang mengambil masa yang cepat untuk growth. Ada yang amik masa yang lama. Tapi tak mengapa. Biar lambat, asal selamat dan berkat. 

Di dalam fasa akhir program, saya dan Coach Razali, GM kepada MYWAU, dijemput untuk menjadi juri kepada sesi pitching IDEAS dan Bisnes Plan. Seramai 20 pelajar persendirian dan berkumpulan membentangkan idea mereka. 

Saya terkejut. Ada yang datang membentang bisnes yang dah dijalankan sejak habis PT3. Beliau sudah di fasa kekal. 

“Saya tak suka statik macam ni. Ada tak cara saya nak kembangkan bisnes saya?” Tanya salah seorang dari peserta pitching

Saya bangga. Adik-adik UIAM ini bukan biasa-biasa. Macam-macam bisnes serta idea yang dipersembahkan. 

Akhirnya, di majlis penyampaian hadiah serta penutup kepada program yang diberi nama Seek Fund Series 1 ini, saya telah dijemput untuk memberikan ucapan. Saya katakan kepada Razali, “Awat tak habaq ada ucapan?”

Razali hanya menggeleng kepala. Ternyata dia pun tak tahu. Saya meminta izin untuk ke pentas. Tak mengapa. Mungkin ini rezeki saya untuk berikan amanat yang terakhir sekaligus menutup sesi ceramah saya pada hari Sabtu. 

“Adik-adik saya sekalian. Dunia ini pantas. Apa saja idea bisnes yang kita buat, kita kena hormatinya. Saya tidak berada di sini, kalau bukan atas izinNya jua. 

Maka jangan lupakan Dia saat kita susah atau berjaya. Jadikan pengalaman kita berbisnes kecil-kecilan di UIAM sebagai asbab sebuah kejayaan di masa hadapan. Jangan keluh mengeluh. Jangan ratap meratapi. Usah gentar dengan ujian yang mendatang. 

Dunia bisnes adalah dunia yang tidak menjanjikan bulan dan bintang. Kalau jatuh, bangkit semula. Kalau tak jadi, olah semula. Tidak ada satu pun yang tak boleh. Wajib semua boleh. 

Ingatlah adik-adik. Jadilah yang terbaik. Kalau belajar, belajarlah betul-betul. Kalau berbisnes, buat juga sampai jadi. 

Bila mana kita keluar universiti nanti. Ingatlah. Jadilah manusia berguna dan memberikan manfaat kepada orang. Jadilah the best version of you!”

Itulah sebahagian kata-kata spontan yang keluar dari mulut saya. Jatuh bangun saya sudah saya merasa. Akaun kering kontang jugak pernah kurasa. Saya takde tips macam mana nak hadap kegagalan. Saya cuma ada cara bagaimana nak bangkit semula. 

Caranya tak lain dan tak bukan. Juga diamalkan oleh Jack Ma, sang jutawan pemilik Alibaba. 

NEVER GIVE UP!

Semoga artikel ini bermanfaat. Anda boleh share artikel ini tanpa minta izin pun. Boleh jadi bermanfaat kepada ramai orang. Kepada Allah saja kita pulangkan segala pujian. 

“You Get What You Pay” – Faiz

You Get What You Pay.

Ini adalah apa yang aku dapat sepanjang aku bergelumang dalam dunia Borong China ini. Kita putar masa. Balik ke zaman 3-5 tahun dulu. 

Setiap kali aku berbicara mengenai industri ini, pasti akan ada yang menempelak. Betul ke bro, barang China ni berkualiti? Aku tengok banyak yang barai ada lah!

Betul. Aku tak nafikan. Pada waktu itu, banyak kes jugak yang terjadi. Bahkan kalau diselak semula jendela hidup aku, memang pernah aku ‘terkena’ dengan barang dari China ni. Tersungkur dibuatnya!

Dulu-dulu. Kawan-kawan kenal aku sebagai Faiz Borong China. Yelah, apa yang aku tulis di facebook, apa yang aku buat, semuanya berkenaan borong barang dari China. 

Siapa yang kenal dengan Paih, pasti tau aku pernah jual Cadar Patchworks, Powerbank dan juga Pen Drive. Waktu mula-mula nak merasa aura jutawan muda. Study pun dah di hujung waktu dah. Grad je terus sambung projek ni. Ada la staf sorang. Rumah dah macam gudang. Tinggal bilik aku dan bilik isteri ja. Kawin muda la katakan. 

Nak dijadikan cerita, waktu aku pernah memborong Pen Drive dulu-dulu, adalah aku pernah menekan harga dengan sorang supplier aku ni. Aku pergi ke China direct taw. Zaman tu mana ada lagi dunia Taobao dan 1688 ni semua. Kalau nak barang, pergi sana. Jumpa face to face. Pandai-pandai la nak wat bisnes kan?

Aku tekan betul-betul kali tu. Waktu tu buat duit kencang jugak dengan pen drive ni. Benda kecik. Budak-budak universiti la paling ramai yang beli. Penting kot nak simpan data assignment, movie dan lagu. Memang berebutlah. 

Supplier aku memang dia kata semua ada. Sampai rapat aku tekan harga. Dia kata okey. Boleh. Aku pun memborong. Habis ribuan ringgit jugak taw. Terbayang dalam kepala, berapa untung aku dapat. Leh makan puluhan ribu jugak outcome aku kali ini. Yelah, cuba bayangkan kalau dapat kos produk jatuh RM1-RM2, pastu kau jual semula dengan harga RM60 – RM80 satu. Waktu tu, yang bersaiz 256MB pun dikira paling besar dah.. Hahaha. 

Berlambaklah kawan-kawan seuniversiti yang nak menempahnya. Siap ada kawan-kawan universiti lain pun sama masuk menempah juga. Maka dipendekkan cerita, barang pun sampai. Akulah yang paling happy. Seronok mengira untung. Tolak kat ejen pun masih lagi buat untung banyak. Seronok tak terhingga!

Tiba-tiba aku dapat panggilan. Satu persatu. Semuanya dari ejen. Mereka kata pen drive tu tak asli. Ciplak. Kat luar tulis saiz besar. Bila dipakai, masuk satu fail terus full. Takleh masuk apa-apa dah. Aku dah resah. Ah sudah. Mungkin satu dua je lah yang defect. Leh la aku refund semula. 

Aku silap. Lepas satu-satu ejen yang pulangkan semula. Ada yang marah-marah. Aku terduduk. Masa tu, perasaan tu takleh dibayangkan lah. Baru ja nak naik. Nak seronok-seronok meniaga. Apakan daya. Kalau kita rasa panas tu berpanjangan, akhirnya hujan di tengah hari. Habis spoil mood. Aku usahakan juga untuk refund semua duit. 

Apa lagi aku pun balun jugak lah dekat supplier. Aku marah dia sebab jual fake item kat aku. Dalam marah-marah tu aku tersedar. 

Yang silap ni bukan supplier. Tapi aku. Aku yang mendesak. Aku yang minta semua ni berlaku. Aku beli yang murah, aku dapat yang low quality. Aku yang tempah maut. Aku kena hadap lah!

Selepas kejadian itu. Aku tak pernah lagi main harga dengan supplier. Yang original je aku cari. Walaupun harga sedikit mahal, tapi aku puas. Pelanggan pun suka. 

Ya, di sinilah aku sedar. You will get for what you pay. Kau beli yang cokia, ko akan dapat yang cokia juga. Kena faham aturan dia. 

Harap korang dapat sesuatu dari pengalaman aku yang tak seberapa ni. Berbalik kepada barang China semua low ke? Dulu, mungkin ada dalam 30 -40%. Kini nak jumpa yang tak kualiti tu hanya dalam 10% jaa. 

Korang kena bayar dengan apa yang korang bakal dapat. Nak emas, harga pun emas lah kan. Tapi still boleh buat duit apa. Ubah pandangan customer dari hanya tengok pada harga, beralihlah kepada tengok kualitinya. Baru senang hati nak meniaga. Kan?

Faiz Borong China
Lelaki Pernah Tertiarap

WAREHOUSE KE-3 MYWAU KINI SIAP UNTUK DILANCARKAN!

Slowly But Surely

Rabu lepas. Pergi ke Guangzhou. Pagi, setelkan urusan di bank dan beberapa urusan lain.

Petang, terus ke warehouse. Meeting dengan CEO Dex-i dan team di China.

Bentangkan idea dan feedback dari user Mywau di Malaysia. Semuanya berjalan baik. Semua complain kami compilekan. Mahu tambah baik. Dalam bisnes, bila pembeli / pengguna gembira, mereka akan cerita kepada 2 orang pengguna baru. Merek akan rekomen bisnes kita.

Dalam bisnes, jika ada buyer yang tak puas hati, mereka akan cerita keburukan kita pada 10 orang lain. Bila terima feedback/complain, cepat cepat setelkan.

Jam 5 ptg, usai meeting yang panjang. Alice kata, ‘lets go boss, see our new warehouse’

..
..

Itu salah 1 agenda besar kali ni ke China. warehouse sekarang tak mampu lagi nak menampung kebanjiran parcel yang dibeli. User mywau juga dah mencecah 6000 ahli.

Kali ni, terus jadi. Sign dan confirm. Warehouse Mywau yang ke – 3. Panjangnya lebih kurang 100 meter dengan kelebaran 20 meter. 2 tingkat saiznya. Cukup untuk menampung jumlah parcel yang ada ketika ini.

Process renovation akan mula dijalankan next week. Dijangka pada pertengahan september, warehouse ini akan mula beroeperasi.

Dalam meeting yang sama juga, saya mengusulkan agar team logistik di China dibesarkan. Ketika ini, 19 orang team di Malaysia dan 8 orang di China.

..
..

Mywau budak baru. Yup, baru 1 tahun 9 bulan usia Mywau. Kami tak mahu dibandingkan dengan orang besar yang lain, yang dah lama dalam industri. Kami mahu berlari dalam track kami sendiri. Kerana kami tahu, ini adalah perjuangan dan ianya sebuah marathon yang panjang.

Mywau nak bantu 10 000 orang tahun ini. Supaya lebih ramai dapat mula berniaga, supaya lebih ramai dapat mancari income extra supaya lebih ramai dapat kembangkan apa yang ada.

Mywau ini, kita kembangkan bersama. Kita bangunkan, dan kita cipta sejarah kita.

Terima kasih buat 6000 user yang ada.

-BERJAYA BERSAMA-

Faiz Zakaria
-Lelaki kiriman wang pos-

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout