Meet Our team

We work hard. But with S.M.A.R.T (Speed. Memberi. Amanah. Responsibility. Teamwork)

Mohd Faiz Zakaria

MANAGING DIRECTOR

Dilahirkan di Baling, Kedah, graduan UIAM ini memulakan pernigaan import dari China sejak 2013, semasa di tahun akhir pengajian di universiti. Pelbagai produk pernah di bawa masuk sehingga pernah bergelar jutawan cadar pada suatu ketika. Selepas itu, beliau mengalami kerugian dan bangkit semula menerusi MyWau.

Syazwani Fuzi

ASSISTANT DIRECTOR

Isteri kepada Pengarah Urusan ini merupakan graduan universiti di New Zealand dan pernah berkhidmat sebagai juruakaun di sebuah bank terkemuka di tanah air. Dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, Puan Syazwani memberikan sepenuh perhatian untuk membantu suaminya menguruskan syarikat MyWau.

Mywau Management Team

Razali Sudin

general manager

Graduan UIAM ini adalah merupakan bekas pegawai yang telah berkhidmat di UIAM, Gombak selama 5 tahun sebelum dipanggil menyertai perusahaan yang telah diasaskan oleh Tuan Mohd Faiz. Sejak 2015, encik Razali telah bersama-sama mengembleng idea di bawah pimpinan Tuan Mohd Faiz dan berusaha untuk bersaing sama tinggi dengan pengusaha import dari China yang lain. 

Nur Farhana

HR Executive

Beliau bakal memulakan tugasan sebagai HR di MyWau bermula 15 September 2020. Kemasukan ‘manpower’ yang semakin baik di MyWau membawa kepada satu keputusan untuk melantik pegawai HR yang khusus bagi menjaga selia hal ehwal pengurusan kakitangan MyWau. MyWau ingin mengucapkan tahniah atas kemasukan beliau tidak lama lagi. Buat masa ini, jawatan ini telah dipangku oleh Tuan Razali Sudin.

Aiman Hamizah

assist. account

Aiman merupakan graduan Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah di dalam jurusan perakaunan. Impak COVID-19,  kerjayanya terhenti. Sudah suratan takdir, MyWau memang mencari seorang lagi bakat baru untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh cik Farah sebelum ini. Di MyWau, kita sentiasa percaya. Bakat yang sebenar adalah mereka yang sentiasa ingin maju ke hadapan. Aiman adalah salah seorang bakat sebenar yang MyWau ada. 

Mywau Technology Team

Faris Ar Rasyid

Manager

Seorang lagi graduan UIAM yang merupakan salah seorang dari pengasas MyWau. Juga merupakan pemegang saham MyWau dan seterusnya adalah seorang warganegara Indonesia, Oleh kerana pandemik ini, beliau kini bertugas langsung dari Jakarta, Indonesia. Faris Ar Rasyid juga telah memenangi anugerah Pilihan Pengarah Urusan di malam anugerah MyWau bagi sesi 2019.

Malina Mustapa

Assistant Manager

Graduan IT UIAM ini direkrut sejak Disember 2019. Dengan kepelbagaian teknologi yang diuruskan oleh Faris Ar Rasyid, maka pembantu wajib dicari bagi menyelesaikan banyak perkara. Cik Malina bertindak dalam memastikan segala proses belakang tabir semua sistem MyWau berjalan dengan lancar.

Mywau Logistic Team

Faris Zaharuddin

Manager

Merupakan seorang graduan UIAM dan salah seorang founder MyWau. Faris juga adalah pemegang saham MyWau. Beliau bertanggungjawab dalam memastikan segala hal tentang dunia shipment dari China ke Malaysia berjalan dengan lancar. Faris juga telah menggondol anugerah Best Staff Award pada tahun 2019 di malam anugerah MyWau.

Khairul Asrar

Assistant Manager

Juga merupakan seorang graduan UIAM dan menggulung ijazah di bidang hal ehwal sejarah. Seorang yang sangat gilakan kenderaan dan berminat dengan kerja-kerja teknikal dan penghantaran (logistik). Beliau adalah orang kanan pengurus dalam memastikan penghantaran barang smooth, dan menguruskan payment shipping antara kedua negara, Malaysia dan China. 

tarmizi

LOGISTIC ASSISTANT

Seorang yang kemas, berdisiplin dan sentiasa bekerja dengan bersungguh-sungguh. Sebelum ini beliau di posisi Khidmat Pelanggan, kini ditukarkan ke posisi Pembantu Logistik agar dapat membantu pasukan lojistik MyWau agar lebih tersusun dan memberikan impak dengan proses keluar harga & juga status parcel secara harian. 

Mywau Sales Team

Wan Syarifudin

Manager

Graduan UITM Shah Alam ini merupakan pengurus kepada semua urusan jualan di MyWau. Beliau adalah kakitangan yang sangat mahir merancang, expert di dalam copywriting serta berpengalaman dalam closing customer. Wan juga telah membawa department nya menggondol anugerah Best Department Award bagu tahun 2019 di malam anugerah MyWau.

Aizat Roslan

Head of Sales

Seorang yang berpengalaman luas dalam skop customer service dan sales sebelum ini, telah direkrut sendiri oleh encik Wan. Orang kepercayaan Wan ini telah menyertai MyWau sejak 7 Februari 2019 dan telah memberikan komitmen yang sangat baik dan cemerlang. Sebagai rekod, beliau telah memenangi Role Model Award bagi tahun 2019 di malam anugerah MyWau.

Aisyah Mahmud

Sales Assistant

Graduan UIAM ini antara yang telah bersama En. Faiz sejak 2015. Di bawah syarikat berbeza, Cik Aisyah telah bekerja dalam bidang sales ini serta membantu banyak projek yang dikelolakan oleh En. Faiz dan Puan Wani sendiri. Pernah bersama dengan jenama Babyboo, kemudian diserap ke Yaya Collection sehingga bekerjasama dalam membangun kan sektor jualan produk MyWau. 

Sariana Aripin

Sales Assistant

Cik Sariana merupakan salah seorang yang telah direkrut untuk menjadi team sales yang bakal menjual MyWau Flix, sebuah aplikasi penstriman video pengajian MyWau. Selepas dinilai dan dilatih sendiri oleh En. Faiz dan juga En. Wan, maka Cik Sariana telah diserap ke dalam pasukan Sales MyWau. Beliau kini memfokuskan jualan kelas/program Shopee dan menguruskan keahlian Dropship Shopee MyWau. 

Mywau MARKETING Team

Ammar Qayyum

MANAGER

Pelajar UTEM Melaka ini adalah genius yang telah direkrut sejak 2019. Bermula dengan bekerja sambilan di MyWau, kini berstatus kontrak sehingga tamat pengajian. Berpengalaman luas di dalam bidang pemasaran walau di usia muda memberikannya satu kelebihan yang sangat ketara. Beliau juga telah memenangi anugerah Top 10 Affiliators anjuran MyWau pada tahun 2019.

Iqman

CREATIVE DESIGN

Rekrut terbaru MyWau kali ini datangnya dari Kelantan. Masih lagi bergelar ‘fresh graduates’ namun bersemangat waja untuk menyahut cabaran kreativiti. Usaha yang ditunjukkan semasa sesi temuduga begitu menambat hati Pengarah Urusan MyWau dan Pengurus Besar MyWau. Iqram akan terus maju ke hadapan seiring dengan cita-cita MyWau yang besar. 

Mywau Shopee Team

Iskandar Mustapa

Manager

Kerjaya beliau di MyWau hanya bermula dari Jabatan Logistik sebagai Pembantu Logistik. Selepas penilaian dibuat, beliau kemudiannya dipindahkan ke Jabatan Jualan selepas melihat komitmen daya fikirnya, kematangannya serta kelebihan yang beliau ada sesuai untuk menjaga kebajikan pelanggan MyWau sebagai Customer Care. Rezeki tidak pernah tersalah alamat. Kesan dari kualiti yang beliau tonjolkan, MyWau akhirnya menubuhkan department baharu iaitu Shopee Department sekaligus menawarkan posisi Pengurus kepada beliau. Career Path yang menakjubkan walau dalam masa 6 bulan sahaja beliau berkhidnat di MyWau.

Syahizat Hamdan

CUSTOMER CARE ASSISTANT

Selepas penubuhan Shopee Department Shopee pada bulan Ogos 2020, En. Iskandar telah memohon untuk merekrut seorang kakitangan bagi membantunya mengurus segala pertanyaan, urusan dropship, urusan Vendor dan segala yang berkaitan dengan Shopee. Maka, encik Shahizat atau lebih mesra dipanggil sebagai “Angah” bejaya diambil bekerja bemula dari Ogos 2020. Beliau masih lagi berstatus kontrak percubaan selama 3 bulan. MyWau mengucapkan selamat maju jaya dan pamerkan prestasi yang cemerlang. 

SYAFIQ

CUSTOMER CARE ASSISTANT

Kedatangan Asnawie pada asalnya mahu menolong en. Iskandar selepas en. Syahizat dilaporkan tidak sihat dalam jangka masa tertentu. Asnawie cemerlang dengan menyelesaikan banyak perkara sehinggalah Syahizat kembali. Seusai Syahizat kembali sihat, Asnawie telah diserap menjadi sebahagian dari pasukan Shopee yang sedia ada. Moga sukses buat Asnawie untuk terus mempamerkan bakat yang beliau ada. 

Mywau Customer Service Team

Hazwani Shahrani

Manager

Cik Hazwani sebelum ini hanyalah Assistant Manager kepada En. Zaki yang telah berhijrah ke syarikat lain pada bulan Jun 2020. Beliau telah dinaikkan pangkat kerana pengalamannya, perkhidmatannya yang cemerlang dan sentiasa mempamerkan kesungguhannya. Cik Hazwani juga merupakan seorang pengurus bagi mengawal selia kesemua pelanggan VIP MyWau dan seterusnya menjadi salah seorang pasukan yang menguruskan pembayaran kepada supplier yang berada di China. 

Khushairi Shah

Customer Service Assistant

Bermula kerjaya dengan pembantu Hotel, kini beliau berkhidmat sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan di MyWau. Khushairi baru saja ditawarkan kontrak tetap selepas berjaya menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang sepanjang 3 bulan percubaan bersama MyWau. Tahniah!

Aizzah Azhar

Customer Service Assistant

Beliau baru sahaja tamat latihan industri di salah sebuah syarikat logistik. Kematangan semasa menjawab permasalahan pelanggan menjadi salah satu faktor kenapa MyWau bersetuju merekrut Cik Aizzah menjadi salah seorang ahli pasukan MyWau. Beliau sama seperti Khushairi dan kini ditawarkan kontrak tetap selepas 3 bulan percubaan. Tahniah!

Nurulhuda Yusraa

Customer Service Assistant

Beliau merupakan salah seorang ahli MyWau sebelum bergelar kakitangan. Sebelum ini, beliau telah mengikuti Trip Bisnes ke Guangzhou anjuran MyWau pada hujung tahun 2019. Selepas Covid-19 melanda ke seluruh dunia, MyWau tidak lagi menganjurkan program lawatan bisnes ke Guangzhou atau Yiwu. Maka, MyWau hanya mengfokuskan kelas pembangunan usahawan borong China menerusi online semata-mata. Dek kerana ahli MyWau yang semakin ramai, maka Cik Nurulhuda ditawarkan untuk menjadi rekrut terbaru MyWau.

ANAS BUNYAMIN

Customer Service Assistant

Rekrut yang terbaru ini merupakan mantan Pembantu Khidmat Pelanggan di TNB dan juga di salah sebuah hospital di bahagian ambulans. Baru-baru ini beliau baru saja diberhentikan tanpa sebab munasabah. Selepas ditemuduga, MyWau sangat gembira dengan kematangan yang ditunjukkan, serta mempunyai pengalaman yang baik. Pelan pembangunan Khidmat Pelanggan MyWau kini berprogres dengan cukup baik sehinggalah “MyWau Careline” diwujudkan. Selamat datang, Aidil.