Layari dahulu VIDEO INTRO dari Coach Faiz, Founder MyWau
Ramai yang masuk ke kelas Online memberi jawapan bahawa kelas online ni susah. Lebih-lebih lagi apabila mengikuti kelas yang sangat teknikal. Apa kata cuba dengan MyWau pula. Anda akan rasai satu pengalaman yang tidak mungkin anda dapat di tempat lain. Kelas kami menjanjikan pembelajarannya jelas, tersusun dan ikut STEP BY STEP. InshaAllah pasti tak menyesal!
Dari emcee sehinggalah kepada speaker, semuanya memberikan impak tenaga yang padu. Ini adalah mesej kami bahawa kami memang serius mengajar. Tidak jemu melayan karenah pelajar sehingga ada yang meminta speaker mengulangai beberapa langkah yang gagal diikuti sepanjang berlangsungnya kelas online. Moto kami adalah, nobody leave behind!
Anda pasti akan boleh membuat purchase di dalam kelas, yang ni kami GUARANTEE! Kalau ada join kelas Shopee, sekiranya ada produk sedia ada, mestikan akan berjaya dapat sales pertama anda semasa kelas berlangsung! Itu pun kalau trick yang diajar tepat dan anda mempunyai produk yang sesuai. Apa-apa pun dengan teknik yang kami ajar, di dalam kelas pun dah boleh siapkan semua order!
Rebut peluang sekali seumur hidup anda dengan hanya SATU TIKET, anda berpeluang belajar Borong China (Taobao & 1688) serta Teknik Menjual di Shopee sekaligus! Kelas akan berlanjutan sehingga 5 hari! Berbaloi giler…
Pelbagai koleksi kejayaan peserta-peserta Borong China yang telah kami kumpulkan sejak 2018. Ada yang sampai dapat beli berkontena-kontena selepas menuai hasil selama 2 tahun. Simple jer.. Kalau pandai membeli dari lubuk supplier, kemudian pandai pulak meniaga, inshaAllah duit modal ke kelas MyWau bila-bila je boleh dapat balik. InshaAllah…
Anda akan diajar bagaimana untuk mendaftar akaun di Taobao dan MyWau. MyWau pula adalah salah satu alternatif yang canggih dan mesra pengguna bagi menguruskan pembayaran kepada kilang di 1688 dan shipping dari China ke Malaysia.
Anda akan belajar mengenali Warehouse MyWau yang berada di China. Kemudian anda akan diajar bagaimana untuk memasukkan alamat warehouse ini di Taobao.
Anda tidak perlu mendaftar untuk melayari lubuk supplier ini. Dikenali sebagai 1688.com, anda akan menjumpa ribuan kilang yang berada di China. Dengan teknik carian serta tapisan yang betul, anda akan jumpa produk jualan anda yang sangat murah. Hanya perlu login saja dengan menggunakan akaun Taobao anda, anda boleh membeli produk dari serendah 2-3 pcs sahaja. Tak perlu borong sehingga 200-1000 pcs pun.
Di slot ini, anda akan ditunjukkan segala fungsi yang ada di MyWau. Oh ya, MyWau jugak berada di Google Playstore dan Appstore. Slot ini akan membantu pengguna baharu untuk lebih mengenali sistem ini.
Tak semua orang boleh membeli di website 1688 tau. Sebab apa? Sebab method pembayarannya hanyalah dengan menggunakan kaedah Alipay. Kalau takde alipay, jawabnya kena minta agen yang bayarkan. Jadi, kalau dah ada apps MyWau, maka senanglah urusan pembelian anda di lubuk ini.
Modul ni paling mahal. Bagaimana seorang yang bukan berwarganera China boleh ada akaun Alipay dan mampu melakukan transaksi sendiri di 1688 tanpa menggunakan orang tengah? Di slot ini ada jawapannya. Yang penting, ada Passport yang hidup. Tu saja.
Sesudah anda membuat belian, mesti anda ingin menguruskan barangan anda kan? Jadi di slot ini anda akan diajar bagaimana anda menggunakan sistem MyWau sepenuhnya untuk memastikan barangan anda selamat sampai ke alamat anda di Malaysia.
Anda akan diajar dari mula. Perkara asas. Seperti mendaftar akaun, daftar kedai, upload produk dan belajar undang-undang meniaga di Shopee. Segala features shopee pun akan ditunjukkan satu persatu.
Anda akan disentuh bab mengedit gambar produk secara mudah sebelum dimuat naik ke akaun Shopee anda. Kemudian, anda akan diajar berkenaan kategori produk & kedai. Selepas itu, bagaimana nak letak tajuk produk, penggunaan hashtag serta maklumat produk.
Anda akan diperkenalkan dengan program Free Shipping Shopee. Anda akan ditunjukkan bagaimana untuk memohon free shipping, kategori shipping dan ilmu berkenaan shipping / logistik di Shopee.
Bukan setakat perkara asas, anda akan ditunjukkan cara bagaimana untuk memulakan bisnes Dropship di Shopee. Boleh join Dropship MyWau sekiranya berminat atau menyertai program Dropship di mana-mana sahaja yang anda tahu. Activate kan shopee pay pun akan ditunjukkan. Shopee pay ini adalah e-wallet yang diasaskan oleh Shopee.
Menariknya di Shopee, terdapat banyak kaedah pemasaran yang percuma yang boleh anda cuba untuk melariskan produk anda. Antaranya segmen baucer, diskaun, promo mengikut kalendar Shopee seperti 1.1, 2.2, 3.3 dan seterusnya. Perkhidmatan BOOST pun menarik juga untuk dipelajari. Kedai kita akan sentiasa berada di halaman utama dan yang paling penting, alatan promosi yang disebutkan adalah percuma dan boleh menonjolkan kedai kita.
Selain kaedah percuma, kami juga akan mengajar anda bagaimana untuk anda gunakan kaedah berbayar di Shopee. Anda boleh menggunakan Shopee Ads dengan bajet minimum RM20 untuk mengenakan keywords produk yang tepat. Kekal berada di halaman utama adalah misi yang paling penting. Kaedah BID akan diajarkan secara lengkap. Selain itu, anda akan didedahkan dengan dunia Shocking Sale juga sebagai ilmu tambahan.
Selepas sesi pemasaran, anda juga akan didedahkan dengan flow order sekiranya anda berjaya membuat jualan anda yang pertama di Shopee. Dari print AWB sehinggalah berjaya mengepos barangan anda kepada pelanggan anda.
Tidak berhenti di bahagian flow order sahaja, anda juga akan dikongsikan cara untuk cancel order atau melakukan refund. Di sini, apa langkah-langkah anda sebagai seorang seller apabila ada pelanggan membatalkan tempahan mereka. Jadi, ilmu ini sangat penting, agar reputasi kedai anda tidak tercalar dan sentiasa profesional semasa menguruskan tempahan.
Misi paling penting menerusi kelas Shopee MyWau adalah tidak lain tidak bukan adalah nak mendapat jualan anda yang pertama. Mungkin sewaktu di dalam kelas berlangsung pun, anda boleh melakukan jualan anda. Percayalah, di dalam modul ini, anda akan dibentuk satu mindset yang mampu menjual di Shopee. Tips & teknik untuk mendapatkan title Preferred Seller jugak diberikan. Amacam, padat tak modul Shopee MyWau?
MyWau menitik beratkan kualiti semasa pembelajaran. Oleh itu, MyWau berjaya membangunkan staf untuk menjadi penceramah yang baik. Di bawah ini senarai penceramah rasmi MyWau untuk kelas Borong China & Shopee.
Pengasas kepada MyWau, dengan pengalaman lebih 5 tahun di dalam industri Borong China sejak 2013. Graduan UIAM di dalam bidang Ekonomi ini bercita-cita untuk membantu lebih ramai lagi usahawan yang cerdik pandai dalam selok belok memborong barang import dari China.
Pengajar Shopee MyWau bukan kaleng-kaleng. Coach Iskandar adalah seorang yang sangat berpengalaman, mempunyai akaun Shopee yang sentiasa aktif dalam penglibatan kemaskini sehingga menjadi yang pertama tahu berkenaan versi terkini langsung dari Shopee sendiri. Mahir membuat kiraan untung rugi berniaga di Shopee dan mempunyai idea untuk tingkatkan sales kedai anda sambil dibantu oleh Coach Yana dan lain-lain.
Seorang mengajar dengan sangat tenang manakala seorang lagi mengajar dengan passion. Coach Aizat seorang yang sabar melayan peserta, sangup mengulang subjek sehingga majoriti peserta dapat mengikuti kelas dengan sangat baik. Tenaga Coach Razali pula membuatkan peserta tidak kering gusi, kekal fokus, bersemangat untuk belajar sehingga ke akhirnya. Rugi kalau anda tidak belajar Borong China bersama kedua coach ini.
Juga seperti Coach Iskandar, kehebatan Coach Faris dari segi kematangan ilmunya. Anda belajar dengan Coach Faris seperti anda belajar dengan seorang profesor. Tanpa selindung, Coach Faris tenang membongkarkan segala tips di dalam ilmu berniaga di dalam Shopee sesuai dengan sijil yang diperolehi beliau sejak menyertai Shopee Summit 2021. Coach Huda pula protege penceramah Shopee yang sangat berbakat. Seorang yang ceria dan berceloteh mampu memberikan suasana kelas anda menarik sepanjang hari.
Beliau berdiri paling atas di dalam gambar adalah merupakan antara penceramah Shopee yang berkualiti. Seiring dengan Coach Iskandar dan Faris, beliau hadir dengan karisma tersendiri. Seorang yang tenang, suara persis Mira Filzah dan sukakan pendedahan yang details membuatkan peserta betul-betul faham bagaimana nak mula berniaga di Shopee.
Bukan seorang dua sahaja yang mahir memborong dari China. Kami ada barisan pengajar yang mantap. Bertenaga. Berkarisma. Dan sangat mahir selok belok membeli barang di website 1688.com ini. Coach Khairul (barisan bawah tengah) misalnya, seorang consultant yang membantu ratusan pelanggan yang tidak mampu membeli sendiri. Beliau juga membekalkan banyak produk ke mana-mana syarikat yang memerlukan perkhidmatan beliau. Coach Aizzah (sebelah kanan Coach Khairul) adalah penceramah muda yang meningkat naik. Manakala Coach Malina (atas kanan) adalah pakar di dalam IT. Semuanya lengkap melengkapi.
Anda boleh pilih kelas mana yang bersesuaian dengan bajet & keperluan anda.
Tarikh yang terdekat akan ditunjukkan setelah anda meneka butang GRAB NOW.
/pax
Ebook 1688.com
Ebook Shopee
Group Support
Ebook Senarai Link Seller Trusted 1688 (Selagi masa ada stok)
Video rakaman kelas free sebulan
/pax
Ebook 1688.com
Ebook Shopee
Group Support
Ebook Senarai Link Seller Trusted 1688 (Selagi masa ada stok)
Video rakaman kelas free sebulan
DISCLAIMER: SELAGI ADA STOK
/pax
Ebook 1688.com
Ebook Shopee
Group Support
Ebook Senarai Link Seller Trusted 1688 (Selagi masa ada stok)
Video rakaman kelas free sebulan
DISCLAIMER: SELAGI ADA STOK
Ebook Shopee
Our collaborational partner 2018-2021