Wow, Dah Tak Perlu Create Parcel Berkali-kali ke kalau Dapat No. Waybill banyak?

Pada 4 Jan 2021, di bahagian Create Parcel MyWau kami ada melakukan sedikit perubahan.

  1. Tiada lagi Product Link

Di sini, kami ubah kepada Buy From. Tujuan utama perubahan ini adalah, tiada keperluan lagi untuk kita simpan link belian kerana seller boleh mengubahnya di kemudian hari. Dengan data buy from, ianya boleh memberikan rujukan kepada MyWau dan juga ahli untuk trace semula platform belian yang digunakan.

2. Tambahan kategori produk

Untuk di bahagian ini pula, pihak R&D MyWau ingin mendapatkan data belian ahli. Ianya akan digunakan untuk dipaparkan kembali di bahagian halaman utama MyWau supaya semua ahli dapat info berkenaan trend membeli produk dalam kategori apa mutakhir ini.

3. Multiple parcel

Dengan kelebihan ini, anda tidak perlu lagi create parcel berkali-kali untuk merujuk kepada produk yang sama atau berbeza, tetapi seller telah buat banyak pecahan parcel (seller yang sama).

Sebelum ini, ramai ahli yang agak penat untuk mencipta parcel berkali-kali, kali ini anda hanya perlu pastikan setiap nombor waybillnya tepat dan hanya dipisahkan dengan simbol koma ( , ) sahaja. Pastikan anda menghubungi seller anda untuk dapatkan kepastian sebelum anda melakukan proses Create Parcel ini. Supaya, barang anda tidak lagi diisytiharkan tertinggal di warehouse MyWau akibat keciciran no. waybill.

Okey sampai di sini dahulu. Kemaskini terbaru akan kami hebahkan pada masa akan datang.