Sistem MyWau Dinaik Taraf & Penyeragaman Sistem Antara Warehouse di China

MyWau

“Coach Wan, kenapa jadi macam ni?” Tanya seorang pengguna MyWau.

“Team CS. Awat jadi lagu ini? Nak create shipment tak boleh.” Tanya seorang lagi. Non stop!

 

Beginilah persoalan ramai yang melibatkan shipment mereka dalam 2-3 hari ini. Ada sebab ianya terjadi sebegitu. Nak tahu mengapa? 

Ya. API Shipment kami sedang berjalan. Ianya sedang dalam fasa ‘panas enjin’. Opps! Apa itu API?

API atau Application Programming Interface adalah salah satu ‘enjin’ bagi sesetengah aplikasi atau website yang memerlukan integrasi antara satu sama lain. Dengan erti kata lain, MyWau kini berintegrasi dengan semua warehouse di Guangzhou dan juga Yiwu. 

Okey, apa kesan positifnya kepada pengguna MyWau? 

Pertama, jawapan yang diperolehi dari warehouse akan lebih tepat serta datang dengan cepat. Kalau sebelum ini, MyWau terpaksa bekerja siang malam untuk buat semakan secara manual, lokasi parcel dan pemberitahuan berkenaan shipment yang telah dicreate, kini, ianya tidak lagi begitu. 

Di saat anda menekan butang submit serta bersetuju dengan terma dan syarat MyWau, shipment anda akan terus mengesan lokasi parcel, kemudian disusuli dengan arahan shipment anda seperti perlukan extra services atau tidak, dan pada akhirnya, ianya terus ke sistem di China. Tunggu harga ja keluar. That’s all

Apabila step di bahagian admin dikurangkan, pasti proses-proses lain akan menjadi lebih laju, seperti proses aduan, khidmat nasihat dan pencarian parcel atau shipment di Malaysia dapat dipergiatkan dengan lebih aktif. At the end of the day, ahli MyWau jugak yang akan untung. 

Apa lagi yang bagusnya dengan sistem baharu ini? 

Sekiranya anda berdepan dengan kesalahan teknikal atau error, ya, saya akui ianya agak melecehkan. Annoying pun ada. Biasanya sebelum ini okey saja. Tapi anda tidak tahu, di belakang kisahnya berbeza. Staf tunggang terbalik mencari segala data, menyusun data agar tepat dan memindahkan parcel/shipment tanpa SOP yang baik. 

Sistem API kali ini, bakal mendidik anda agar lebih cermat, lebih fokus supaya shipment anda akan jadi lebih laju, efisien serta selamat. Bagaimana? Ini maklumat yang saya dapatkan dari Pengurus IT MyWau, saudara Faris Ar Rasyid yang kini berada di Jakarta, Indonesia.

1- Anda wajib buat belian dengan menyemak alamat warehouse sebelum menekan butang order. Silap di sini, anda akan terkesan di kemudian hari.

2- Anda wajib declare dengan tepat atas semua maklumat parcel yang anda keyin di halaman Create Parcel. Terciduk di sini, habislah. Refresh page pun tak selesai masalah. 

Baik. Saya sendiri telah berbincang panjang dengan Ketua Programmer MyWau bagi memperhalusi lagi perkara-perkara yang SEBAIKNYA kita ikuti dan jauhi. Do’s & Don’ts. 

Pertama – JANGAN consolidate parcel daripada warehouse Air / Sea / Yiwu dalam 1 shipment yang sama. Contoh, anda nak consolidate barang A dekat warehouse air dan barang B dekat warehouse sea. Then, nak dihantar sekali menggunakan shipping by air / sea. Sistem akan reject terus sebab consolidate barang daripada warehouse yang berbeza. So, jangan buat guys!

Kedua – JANGAN silap pilih freight. Contoh, nak hantar barang A+B+C, semua barang ni ada di warehouse Air, tapi, di create shipment, anda pilih shipping by sea. Sistem akan sekali lagi reject. Kalau barang ada di warehouse air, kena hantar by air jugak, kalau barang ada di warehouse sea, kena hantar by sea jugak dan kalau barang ada di Yiwu, kena hantar by sea Yiwu. Tersilap? Sila chat customer service, bayar penalti dan kami akan ubah dahulu sebelum Create Shipment

Ketiga – JANGAN silap pilih alamat Semenanjung / Sabah-Sarawak. Contoh, barang A+B+C nak dihantar kepada customer di Semenanjung, tapi, sewaktu memilih freight, anda memilih freight Sabah atau Sawarak. Kalau anda sesuka hati mengubah perkara ini, sistem akan reject shipment anda secara automatik. Apa-apa pun anda wajib samakan alamat penerima dengan button freight yang dipilih; Semenanjung untuk Semenanjung manakala Sabah/Sarawak untuk Sabah/Sarawak. Sekiranya sebaliknya berlaku, ye kesannya sama. Create shipment anda tidak akan diproses. 

Ada juga permasalahan/pertanyaan dari pengguna MyWau berkenaan pemilihan KG atau CBM bagi penghantaran laut MyWau. Bagaimana kami nak hitung atau buat anggaran agar pemilihannya tepat? 

Saya telah mendapatkan penjelasan dari Pengurus Lojistik MyWau, En. Faris Zaharudin.

Di halaman Create Shipment hari ini, pengguna akan mendapati terdapat beberapa pilihan. Berikut adalah pilihan-pilihan yang harus anda fahami:

(1) Pilihan di Semenanjung:

  1. Penghantaran Udara Guangzhou
    1. GDEX 
    2. Citylink
  2. Penghantaran Laut Guangzhou
    1. Local courier adalah Bright Star Logistic, dan Sheng Lin Logistic yang bertempat di Shah Alam dan Subang. Kurier ini akan ditentukan oleh pihak warehouse di China. 
    2. Pemilihan kiraan KG untuk mereka yang mengumpul barang maksimum 20 KG volumetrik. 
    3. Pemilihan CBM pula untuk mereka yang mengumpul barang 20 KG ke atas.
  3. Penghantaran laut Yiwu
    1. Hanya sah digunapakai untuk barangan yang terletak di Yiwu sahaja.

(2) Pemilihan Penghantaran untuk Sabah & Sarawak

  1. Penghantaran Udara Guangzhou
    1. Local courier hanya ABX Express
  2. Penghantaran Laut Guangzhou
    1. Kurier tempatan mengikut kesesuaian di Sabah atau Sarawak. Anda akan dihubungi oleh kurier sebelum penghantaran dilakukan. 
    2. Pemilihan harga mengikut KG khas untuk barangan yang terkumpul di bawah maksimum 20 kg volumetric sahaja. 
    3. Pemilihan harga mengikut CBM pula khas untuk barangan yang terkumpul dengan berat lebih dari 20 kg ke atas.
  3. Penghantaran Laut Yiwu
    1. Khas untuk barangan yang terkumpul di Yiwu sahaja. 

Di harap selepas ini, anda faham penggunaan fungsi Create Shipment yang sedikit berbeza dari sebelum ini. Walau bagaimana pun, kita tidak akan pernah terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. 

Saya tahu, mesti ada yang tersilap membuat pembelian dan set alamat warehouse berbeza dari apa yang dihajatkan. Untuk menyelesaikan masalah anda, sila JANGAN CREATE SHIPMENT lagi. Anda boleh menghubungi customer service MyWau sekaligus akan dikenakan sedikit penalti bagi melakukan perpindahan barang anda ke bangunan berbeza. Ianya terpakai untuk warehouse di Guangzhou saja. 

5 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
en_GBEnglish
ms_MYMalay en_GBEnglish