Shopee tawar manfaat RM1,500 kepada PKS

Iskandar MyWau

Sebanyak 30,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) dalam e-dagang makan menerima manfaat sebanyak RM1,500 sebagai sebahagian daripada komitmen Shopee dalam kempen e-dagang PENJANA yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Dalam satu kenyataan, Shopee berkata menerusi kempen ini, PKS baharu di Shopee layak mendapat baucar bernilai RM1,000 untuk kedai Shopee mereka bagi membantu memulakan dan menjana hasil jualan, serta RM500 dalam kredit iklan yang boleh digunakan oleh penjual untuk meningkatkan keterlihatan kedai dan produk mereka di Shopee.

“Inisiatif ini yang juga sebahagian daripada komponen dalam pelan pemulihan ekonomi jangka pendek PENJANA, dijangka dapat merancakkan ekonomi dengan mempercepatkan digitalisasi dalam kalangan perniagaan tempatan serta memberi galakan kepada penjual yang baharu kepada e-dagang.

“Terdahulu, pada bulan April dan Mei, Shopee secara sukarela menyuntik RM15 juta ke dalam ekonomi Malaysia melalui Pakej Bantuan Peniaga Shopee untuk membantu penjual baharu dan sedia ada mengatasi kesan COVID-19, yang mengakibatkan kehilangan pendapatan terutama semasa tempoh perintah kawalan pergerakan,” kata Shopee.

Sementara itu, Shopee turut menawarkan pakej penghantaran percuma sebanyak RM15, yang mana perbelanjaan minimum untuk pembeli menikmati penghantaran percuma dikurangkan kepada RM15 berbanding jumlah perbelanjaan minimum biasa platform RM40, menjadikan kedai PKS lebih menarik kepada pengguna.

Insentif yang ditawarkan kepada PKS adalah tambahan kepada semua manfaat penjual Shopee sedia ada seperti komisen sifar peratus untuk peniaga di pasaran, yuran penyenaraian sifar peratus, tiada bayaran pendaftaran dan latihan e-dagang percuma melalui Shopee University.

Bagi memenuhi syarat penyertaan kempen ini, penjual mestilah PKS atau individu warganegara Malaysia, perlu mendaftar sebagai penjual Shopee mulai 1 Januari 2020 dan selepasnya serta mempunyai kurang daripada 10 pesanan yang disempurnakan sebelum 1 Julai 2020.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata persekitaran semasa mendorong perubahan dalam pertumbuhan ekonomi digital ketika perniagaan mencari saluran penjualan alternatif untuk terus bertahan.

Oleh itu, rancangan PENJANA dipersiap dengan teliti demi membantu perniagaan tempatan dalam perjalanan digitalisasi mereka ketika ekonomi beralih ke arah pemulihan.

“Sebagai pemain e-dagang terbesar di negara ini, Shopee berusaha untuk melaksanakan tugas kami dan memenuhi komitmen kami kepada Kementerian Kewangan dan MDEC. Dengan ini, kami berharap MSME di negara ini akan mendapat galakan dan prospek ekonomi akan bersifat lebih optimis,” katanya.

 

SUMBER : bharian; Shopee;MDEC;Peneraju;MyWau

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
en_GBEnglish
ms_MYMalay en_GBEnglish