February 26, 2021

MyWau

Rakan Shipping Mudah Borong China Anda

SHOPEE ADS (IKLAN SHOPEE)

Apa itu Iklan?

Iklan membenarkan anda mengiklankan produk di
kawasan yang bertrafik tinggi dalam laman web
Shopee seperti halaman utama, halaman hasil carian,
dan juga halaman butiran produk.


Dengan iklan, anda boleh menambah pendedahan
untuk produk atau kedai anda kepada pelanggan yang
relevan untuk membuat pembelian, tetapi bayaran iklan
hanya akan dikenakan apabila pelanggan mengklik
pada iklan anda.


Untuk log masuk Iklan dengan berjaya, pastikan penyekat
iklan di web anda telah ditutup.

Apakah kelebihan menggunakan Iklan?

Dapat membantu anda untuk mencapai matlamat perniagaan
anda dengan cara yang menjimatkan, samada untuk:
● menjangkau pelanggan yang baru
● menjana penjualan
● meningkat bilangan pengikut atau membina
jenama anda.

Bagaimanakah anda akan dikenakan
bayaran?

Anda hanya akan dikenakan bayaran apabila
pembeli mengklik pada iklan anda. Kos akan
ditolak daripada Kredit Iklan anda.


Untuk melindungi penjual, sistem Shopee akan
mengesan klik tidak sah secara auto, seperti klik
yang berulang daripada pengguna yang sama
atau klik auto, di mana tiada bayaran akan
dikenakan.

Jenis-jenis Iklan

  1. Kata Kunci Iklan – Menjana
    penjualan dari hasil carian
  2. Iklan Sasaran – Menarik pembeli
    yang berminat dengan produk
    seperti produk anda
  3. Iklan Kedai – Meningkat keterlihatan
    kedai dan bina jenama anda

Di dalam kelas yang kami adakan, kami akan mengajar dan memberi pendedahan secara langsung dan praktikal secara lebih mendalam seperti cara menggunakan iklan kedai dengan tepat dan menjimatkan kos, cara menyelenggara shopee ads, menggunakan kata kunci yang bersesuaian, tetapkan bajet mengikut keperluan, melaraskan iklan kedai, menyemak status iklan dan keputusan, dan banyak lagi.

Untuk belajar lebih mendalam secara praktikal, anda boleh membuat pendaftaran disini atau terus hubungi pegawai yang bertugas untuk sebarang info tentang kelas. www.mywau.com/stc @ +60137457397 .

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
en_GBEnglish