Shipping Lambat lagi… Kenapa ya?

Kalau ikutkan sejarah pengeposan barangan dari China, kelambatan pergerakan barangan kita di Malaysia sudah menjadi perkara biasa. Tidak kira ianya melibatkan kurier mana sekalipun. Menariknya, ianya tidak lah kena pada 100% pengguna. Sebaliknya, hanya berlaku pada sesetengah orang sahaja.

Banyak faktor sebenarnya apabila kita berbincang hal ehwal yang berlaku di kala pandemik ini masih belum dalam keadaan terkawal sepenuhnya. Sebagai contoh di awal pandemik melanda Malaysia. Hampir kebanyakan industri terhenti seketika dan seluruh sistem warehousing juga tertunggu-tunggu atau mencuba segala cara untuk melangsungkan pekerjaan.

@mywau.official

MyWau melawat warehouse baru DEX-I semalam… 😍😍😍 ##tiktokmywau ##mywau ##fyp

♬ MI MUNDO – Nomad & Lola

Ya betul, warehouse atau logistic merupakan essential service yang dibenarkan beroperasi di sepanjang PKP. Ianya masih belum cukup untuk membuatkan proses logistic berjalan seperti biasa (sebelum Covid-19) kerana ada SOP juga yang wajib dipatuhi.

Maka sebab itulah, barangan tetap bergerak perlahan dan kebanyakannya sampai di luar jangkaan yang telah ditetapkan. Kalau nak diceritakan lebih lanjut, pergerakan barangan di dalam proses pemeriksaan Kastam pun sudah berlaku penundaan, apatah lagi pergerakan barangan di warehouse Malaysia.

Baru-baru ini pula, warehouse DDEXPRESS (anak syarikat kepada DEX International) dikejutkan pula dengan beberapa kes Covid-19 sehingga memaksa sebahagian lokasi ditutup dan hampir separuh kakitangan dikuarantinkan. 2 minggu kuarantin dengan keadaan kakitangan yang tidak cukup membuatkan ada lebih 10 kontena 40 kaki yang belum berjaya dibuka sepenuhnya.

Oleh kerana itulah, ada banyak barangan pengguna MyWau masih kekal dengan status custom cleared sehingga ke dua minggu. Banjiran permintaan dan pertanyaan ahli di inbox khidmat pelanggan kami menjadi saksi betapa gusarnya hati-hati ahli MyWau.

Untuk itu, pengurusan MyWau bersungguh-sungguh membuat semakan, setiap hari ‘menyerang’ khidmat pelanggan DDEXPRESS untuk memberikan timeline yang baharu agar ahli MyWau tidak panik. Sesungguhnya, MyWau betul-betul memohon maaf atas apa yang berlaku ini.

Pada minggu lepas, dikhabarkan workforce DDEXPRESS kembali penuh. Pemandu yang dikuarantin kini mulai bekerja. Kontena demi kontena dibuka serentak agar barangan yang sudah terperap lama dikeluarkan dengan segera. Sesudah itu, proses penghantaran pula dilakukan dalam kadar yang cepat agar ahli MyWau tidak menunggu lama.

Akhir kata, bagi yang masih belum dapat khabar berita dari bahagian penghantaran, anda digalakkan untuk terus melaporkan ke bahagian Khidmat Pelanggan MyWau. Kami akan sentiasa bersedia siang dan malam serta di hujung minggu untuk menerima aduan dan membuat pemeriksaan. Sesungguhnya apa yang terjadi kali ini betul-betul di luar kawalan kami.