PENYERAGAMAN AIR WAYBILL (AWB) SHOPEE

PENYERAGAMAN AIR WAYBILL (AWB) SHOPEE

Baru-baru ini heboh pelbagai isu dan keraguan terhadap penyeragaman semula AWB Shopee.

Pada May 2020, Shopee telah mengeluarkan kenyataan untuk penyeragaman semula AWB untuk semua saluran Shopee Supported Logistic seperti gambar di bawah dan dikuatkuasakan pada 28 May 2020.

  1. Logo Syarikat Logistik
    Note: 3PL (third-party logistics) bermaksud syarikat kurier/logistik yang anda gunakan.
  2. Maklumat Tempahan
    * Tarikh Penghantaran
    * Berat Parcel (kg)
    * Order ID
  3. Maklumat Pengirim
    * Nama
    * No. Telefon
    * Alamat
    * Poskod
  4. Maklumat Penerima
    * Nama
    * No. Telefon
    * Alamat
    * Poskod
  5. Proof of Delivery (optional for courier use only)
  6. Maklumat Pesanan khusus kurier
  7. Maklumat Penghalaan khusus kurier ( Kod/Barcode)

Note: Anda hanya perlu mencetak 1 salinan AWB bersaiz A6 jika menggunakan Thermal-Printer. Untuk pengguna mesin pencetak biasa anda boleh mencetak dengan menggunakan saiz A4 / A5 seperti biasa. Namun perlu diingat, salinan boleh dibuat sebagai rujukan atau diatas permintaan cawangan syarikat kurier tersebut.

APA YANG ANDA PERLU TAHU?

  1. Secara automatiknya, sistem Shopee akan mula menjana AWB yang baru berkuatkuas pada 28 May 2020.
  2. Pastikan saiz cetakan bersaiz A6 untuk tempahan terbaru anda.

    * Jika anda menggunakan perisian pihak ketiga seperti SiteGiant atau
    sistem dropship, pastikan mereka mengikut reka bentuk AWB yang
    terbaru ini.

    * Syarikat kurier/logistik bakal membatalkan penerimaan barangan
    anda selepas 30 Jun 2020 sekiranya anda tidak mengikut keperluan
    yang terbaru ini.
  3. Pastikan anda meletakkan keratan AWB anda dengan selamat ketika proses pembungkusan bagi mengelakkan kerosakkan/koyak/cicir semasa proses penghantaran.
  4. Anda hanya perlu mencetak 1 salinan AWB sahaja untuk Pos Laju & JNT ketika AWB terbaru ini telah tersedia.

Pro Tips

  1. Pastikan AWB anda di cetak dengan baik dan jelas untuk memudahkan pihak kurier untuk scan Barcode / QR Code berkenaan.
  2. Anda boleh mencetak salinan untuk simpanan dan rujukan anda.
  3. Untuk menjimatkan masa dan kos, kami mencadangkan anda untuk menggunakan Therminal-Printer. Sila rujuk artikel Apa itu Therminal-Printer? untuk maklumat lanjut tentang penggunaan.
  4. AWB baru perlu dicetak jelas bersaiz A6 seperti yang di cadangkan oleh Shopee. Berikut merupakan tetapan semasa mencetak AWB ini.
  5. Sekiranya pihak Kurier(3PL) anda tidak menerima saiz berkenaan, sila laporkan di link ini untuk langkah seterusnya oleh pihak Shopee.
    LAPOR SEGERA

Mencetak AWB bersaiz A6 dalam 1 helai kertas A4

Potong kertas A4 kepada 2 bahagian dalam bentuk landskap dan anda akan dapat saiz A5.
Tetakan saiz kertas kepada saiz “A4” dan Scale kepada “Fit to paper”.

Semoga penerangan ini dapat membantu serba sedikit dalam proses untuk mencetak dan memproses penghantaran parcel anda. Sila Share ke saluran media sosial anda jika ia membantu orang lain juga.

Sekiranya anda masih memerlukan bimbingan secara rapi dan mendalam, jangan ragu-ragu untuk hubungi kami untuk perkongsian ilmu ini.

Contact Us : Coach Shopee

Sumber Shopee Edu