MyWau 2.0 | Akan Datang
Siapa sangka, MYWAU berkembang pesat. Bukan sahaja menambah baik segala fungsi di MYWAU tetapi pelbagai pengisian telah diusahakan oleh Tuan Mohd Faiz dan pasukannya.
Siapa masih ingat, MYWAU versi 1.0 dulu. Baby boomers gitu. Hanya berupaya untuk menyelesaikan masalah shipping saja. Kemudian ianya ditambah baik dengan fungsi Alipay dan WechatPay kepada seller. Ianya telah hampir sempurna.
Namun begitu, riuh di jabatan Teknologi MyWAU, bahawasanya akan muncul versi 2.0. Dikhabarkan MYWAU akan berwajah baru dan lengkap dengan fungsi yang lebih ‘user friendly’.
Kali ini, saya telah masukkan beberapa elemen seperti ‘multiple parcel’, pengumuman bergambar dan macam-macam lagi fungsi. – Rasyid, Pakar IT MYWAU.
Seperti yang telah ditunjukkan oleh Pengurus IT MYWAU ini, penulis telah mendapati ada satu fungsi yang sangat menarik. Ianya bakal menjadikan MYWAU ini sebuah aplikasi yang mesra sosial.
Kewujudan Wall atau Discussion Room. Ianya mirip aplikasi facebook atau instagram. Boleh membuat status dan mengumpul likers atau followers.
Ianya boleh berkembang dengan rata-rata ahli MYWAU kini adalah pelopor kepada bisnes POOL ORDER. Ianya pasti akan menggembirakan mereka. Betul tak?
Apa-apa pun, projek ini akan mengambil masa 60 hari atau 2 bulan. Ianya dijangka akan dikemaskini terlebih awal untuk versi website pada sekitar bulan Ogos 2019 sebelum dikemaskini di paparan telefon pintar pada September 2019.
Penulis selaku pengguna MYWAU pun tidak sabar untuk melihat wajah baharu sistem mudah urus Penghantaran dari China ke Malaysia ini. Setakat ini, aplikasi MYWAU adalah yang paling mudah urus, cepat berevolusi dan nampak bercita-cita besar.
Sementara masih di dalam proses pembangunan ini, ada apa-apa tak yang ingin anda cadangkan kepada beliau? Boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah. Jom!
Buat shopee jumlah jualan dlm sebulan dan graf so kita dpt nilaikan berapa total sales drpd order ambil yg kasar pun dh kira ..nett kira sendiri hihi
Salam tuan Azli, apa yang dimaksudkan buat shopee jumlah jualan tu? Sebab so far ini bukan berkenaan shopee. Ini berkenaan MYWAU APPS. Yang menguruskan shipment dan payment Alipay kepada seller kita.
salam. bagaimana nak install apps mywau. tak boleh install
Maaf tuan.
MyWau dalam maintaince sekarang ini. Sehinggalah dalam tempoh yang kami akan bagitahu kelak. Buat masa sekarang daftar guna versi website di link sementara kami.
Klik di sini >> http://t4demo.com/mywau/apps/login.html
Salam. saya ingin memberi cadangan. Saya salah seorang ahli dan pengguna MyWau. Baru-baru ini saya ada membeli dlm 1688 dan pembayaran dibuat melalui Alipay. Pembayaran order saya di “refund” kerana perubahan harga oleh seller dan pihak MyWau kembalikan wang itu kepada saya. Jadi di sini saya ingin mencadangkan pihak MyWau membuat satu E-Wallet dlm Apps MyWau agar memudahkan ahli membuat bayaran semula menggunakan wang yang di’refund’ itu, tanpa perlu membuat kembali bank transfer.
Buat masa ini, kami masih belum ada sistem e-wallet. Tetapi sebenarnya, memang kami sudah praktis untuk tidak refund bahkan menggunakan duit yang sama untuk order baru. Cuma perlu contact Customer Service
SLAAM SAYA DAH BAYAR TETAPI TIDAK BOLEH LOG IN KENAPA YE
Tuan boleh whatsapp kepada admin 0189434125 untuk kita perbaiki isu ini. Terima kasih.