Cara Buat Pembayaran Alipay MyWau di Taobao

Assalamualaikum, Hai pengguna MyWau. Sekarang ini anda bersama saya dalam Tutorial Cara Pembayaran menggunakan fungsi Alipay MyWau. Anda hanya perlu mengikuti step berikut sahaja.

CARA PEMBAYARAN DI WEBSITE TAOBAO

1. Anda pilih produk anda. Jangan lupa mengikuti semua teknik carian dan tapisan seperti yang diajarkan menerusi ebook, video kelas, MyWau Flix atau kelas fizikal yang anda pernah sertai.

2. Anda boleh memilih untuk menekan butang Order Now atau Add to Cart. Sekiranya anda memilih ruangan Add to Cart, anda boleh terus ke halaman Cart Taobao dan pilih settlement secara satu persatu.

3. Apabila sudah sampai di halaman submit order, anda hanya perlu memilih (tick) kotak FRIENDS PAY, dan UNTICK kan anonymous purchase  sebelum menekan butang SUBMIT ORDER.

4. Di ruangan seterusnya anda hanya perlu memasukkan no. akaun Alipay MyWau yang boleh didapati di MyWau > Service > Alipay. Tekan saja butang Copy yang telah disediakan.

5. Pastekan di halaman Friend’s Account di Taobao. Kemudian, anda isi MyWau ID anda di ruangan Leave a Message, seterusnya tulis semula kod keselamatan yang ditunjukkan. Akhir sekali, anda tekan saja Ask Him To Pay. Oh ya. Nama saya akan keluar di bahagain Friend’s Acoount secara automatik. 

6. Anda akan diberitahu, Payment Request telah berjaya dilakukan. Anda seharusnya kembali ke sistem MyWau, untuk menekan butang Create New. Anda boleh pilih Only 1 Alipay atau Consolidate Alipay. 

7. Di halaman payment request berjaya dibuat tadi, anda cari menu di bahagian bawah kiri, ada tertulis View Details.

Klik, dan anda akan dibawa ke halaman resit permohonan pembayaran tadi. Sila copy transaction number, kebiasaanya akan bermula dengan no. 2020 dan seterusnya, dan paste di ruangan Transaction No yang MyWau sediakan di sistem Alipay MyWau.

8. Masukkan butiran lengkap seperti jumlah pembayaran (di dalam RMB atau Yuan) dan Remark User pula, anda boleh isi dengan nama produk untuk dijadikan rujukan. Abaikan kosong pun boleh.

9. Anda tekan butang submit (bagi Only 1 Alipay) atau tekan butang Submit Alipay di bawah table draft Alipay untuk selesaikan proses consolidate Alipay di MyWau.

10. Anda boleh membuat pembayaran kepada MyWau menerusi butang Action > Pay Now. Anda akan dapati status pertama Alipay MyWau anda adalah Awaiting Payment, setelah berjaya membuat pembayaran, status akan bertukar menjadi Payment Processing. 

11. Tunggu sehingga MyWau berjaya membuat bayaran, dan status Alipay di MyWau anda akan berubah menjadi Paid.

12. Anda akan seterusnya boleh berpindah ke proses Create Parcel apabila pihak seller sudah mengeluarkan barang yang dibeli dari kedai/kilang.

Selamat mencuba!

Anda hanya perlu tekan pada butang Action > View. Anda akan nampak semua status bagi setiap transaksi.

Upah yang diambil oleh MyWau adalah sebanyak RM5 untuk setiap satu transaksi bagi penggunaan Only 1 Alipay. Manakala, untuk fungsi Consolidate Alipay pula, anda akan dicaj sebanyak RM5 sahaja untuk kesemua transaksi dengan maksimum 5 transaksi bagi sekali pembayaran kepada MyWau. Cara kiraan ada di dalam gambar. Anda boleh semak juga menerusi Action > View

 

Pay Off bermaksud, MyWau gagal membayar kepada supplier anda.

 

Ada 4 sebab:

1. Seller anda telah berikan diskaun. Jadi, jumlah asal sudah tidak sama dengan jumlah di Alipay MyWau. Sistem akan tolak secara automatik. 

2. Seller anda telah kehabisan stok dan MyWau tak sempat membayar nya. 

3. Seller anda telah menutup pintu transaksi (Close Transaction). Sama ada, anda lambat Create Alipay di MyWau atau MyWau yang kelambatan membayar kepada seller anda. 

4. Tiada payment request dibuat. Ada beberapa sebab, di mana anda tersilap teknik find somebody to pay dengan memasuki no. transaksi yang salah, atau tersilap meletakkan jumlah RMB di sistem MyWau dengan meletakkan jumlah dalam RM atau menambahkan huruf di kolum berkenaan. 

Semua alasan Pay Off di atas anda boleh semak menerusi Remark Admin setelah anda menekan butang Action > View.

 

Anda hanya perlu menekan butang Refund sahaja. Di sini, anda wajib untuk mengisi borang tersedia ada  dengan lengkap. Refund akan dilaksanakan pada setiap Hari Khamis, setiap minggu melainkan ianya jatuh pada hari Cuti Umum. Caranya, anda hanya perlu tekan butang Action > Refund.