Bright Star Slow? Baca Alasan Mereka

Kami telah menerima banyak aduan mengenai servis Bright Star Logistic yang semakin perlahan buat masa ini. Maka, kami terus bergegas ke lokasi bagi mendapatkan penjelasan dan keterangan lanjut. 

Pertemuan buat kali pertama, ianya tidak berjalan dengan baik. Ini kerana, person in charge yang terlibat tidak dapat hadir kerana kemalangan. 

Kami telah ke sana, sekali lagi. Kali ini, sekali lagi kami dapat maklumat bahawa pengurus lama telah pun berhenti. Namun, nasib kami baik. Ada saudari Nurul yang menjadi jambatan informasi BS kepada MyWau. 

Setelah berbual panjang, kami menemui jawapan mengapa BS kebelakangan ini beroperasi dengan sangat perlahan. Tidak seperti sebelum Aidilfitri tempoh hari. Sekarang ini, kontena yang dah lama sampai di pelabuhan pun tidak diuruskan dengan segera atau lambat dibuka. 

Berikut apa yang dikongsikan oleh saudari Nurul kepada pihak wakil MyWau pada minggu lepas. 

“Mengikut sekarang ini, BS dalam fasa mempunyai gudang baru yang bertempat di Subang. Yang sekarang ini, hanya di Shah Alam jer.”

Kami bertanya lagi. Apa fungsi gudang di Subang itu? Dan bila akan beroperasi sepenuhnya?

“Buat masa sekarang, gudang itu telah pun ready. Dah siap untuk beroperasi. Cumanya, ada banyak benda lagi urusan yang nak kena setelkan. 

Oh ya, berkenaan dengan fungsi gudang yang baru itu, semua kontena yang datang dari China, akan diuruskan di situ. Barang korang akan ke situ la semuanya.

Sekarang pun, dah ada banyak kontena yang dah lama sampai on the way ke sana. Yang mana sampai ke sini pun, banyak dah yang delivered. Nampak kosong, kan di sini (Gudang Shah Alam)?”

Ya, kami akui. Sewaktu kami sampai di BS, ternyata banyak lori yang dah pickup barang. Yang ke Kelantan pun ada yang dah keluar sejak Ahad lepas (14 Jun 2020). Ini adalah trip ke-2 ke Kelantan dalam minggu yang sama. 

Jadi, kami beranggapan, BS terpaksa memperlahankan operasi kerana perubahan gudang. Kontena banyak yang tak dibuka juga merupakan salah satu yang terkesan dek pembukaan gudang baru ini. Mereka sebolehnya untuk berhentikan penghantaran kontena dari pelabuhan ke Shah Alam kerana mahu kumpulkan semuanya terus ke Subang. 

Kami di MyWau akan sentiasa memantau dan mencari barang yang masih belum bergerak. Jadi, kami mengharapkan kerjasama anda untuk sama-sama buat aduan kepada tim khidmat pelanggan MyWau.