MyWau Milestone

MYWAU is a brand for MIND TRADE Sdn. Bhd. It is a symbol for a development of the entrepreneurs in practising trading items from China online. 

In MyWau, we managed to train over 10,000 members online or offline since 2018. We expect to get 10,000 actively users of MyWau that comes from our technical classes. 

Here we complete the system in trading industry. It involves step to find sources, a way to find suppliers, steps to pay them using Alipay & Wechatpay, steps to sell items in Shopee and now we offer a knowledge to bring Government in hand. Soon, we will organize Marketing programmes as well as Closing class that will improve our sales. 

MILESTONE MYWAU

Chapter 7 kami bermula dengan kelas online demi mematuhi S.O.P yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Program Taobao & 1688 dan Shopee akan dijalankan dari minggu ke minggu secara berturut-turut.

Pihak Kerajaan China mengumumkan bahawa lebih 70% sektor dibuka, termasuk warehouse MyWau. Ahli MyWau yang meningkat ke 6,000 kembali aktif. Namun masa ini, masih ramai yang ragu-ragu untuk kembali memborong kerana virus. Semua kelas MyWau di’online’kan. 

Pada 21 Mac, Perintah Kawalan Pergerakan pertama dilancarkan di Malaysia. Staf diarahkan bekerja dari rumah. Penangan Covid-19 di Malaysia dijangka meningkat. Kelas terakhir kami secara fizikal adalah kelas Shopee di Shah Alam.

Selepas Tahun Baru Cina, China dilanda wabak Covid-19. Ini memaksa Warehouse melanjutkan penutupan operasi sehingga 4 minggu dari cuti Tahun Baru Cina. 

MyWau membuka tirai kelas Instagram & Shopee untuk Chapter 6. Kelas Instagram adalah kelas terbaru MyWau untuk sesi 2020. 

MyWau melaksanakan kelas Mega Taobao & 1688 dalam sehari di Kuala Lumpur yang menghimpunkan 300 orang peserta. 

MyWau merasmikan Chapter 5 kelas Taobao & 1688. Kelas Shopee juga diperkenalkan sebagai kelas kedua terbesar selepas Borong China. 

MyWau telah meletakkan satu lagi batu asas kejayaan dengan secara rasminya menubuhkan Syarikat MyWau Co. Ltd di China. Ianya bertujuan untuk tumbesaran syarikat dalam menampung keperluan ahli MyWau yang semakin ramai seperti kuota Bisnes Alipay dan WechatPay. 

Di penghujung Chapter 4, sekali lagi kami perkenalkan program baru MyWau iaitu Kelas Tender Kerajaan yang dibawakan oleh En. Faridzman Mansor. 

Jadual Chapter 4 mula dikeluarkan. Kali ini, Kelas Shopee pula telah diperkenalkan. 

Magis Chapter 2 diteruskan ke Chapter 3. Tour mula diperkenalkan. Kami mula ke Kedah & Penang, Johor & Melaka. 

Sebulan selepas kejayaan Kelas Taobao, tim DEVELOPER MyWau akhirnya merasmikan APLIKASI MYWAU. Ianya telah memudahkan hampir 300 peserta Kelas Taobao Chapter 1. 

Kelas 1688 pula diperkenalkan. Ternyata sambutan Kelas Taobao Chapter 1 membawa kepada Kelas Taobao & 1688 untuk Chapter 2. Seramai lebih 2,000 ahli MyWAU berjaya direkrut. Aplikasi MYWAU berjaya memperkenalkan sistem pembayaran ALIPAY buat pertama kalinya. 

Proses penukaran syarikat berlaku secara berperingkat. Projek MYWAU telah dimiliki sepenuhnya oleh MIND TRADE Sdn. Bhd. Tuan Mohd Faiz selaku Pengarah Urusan Mind Trade telah bersetuju untuk menggunakan jenama MYWAU sebagai jenama utama. Kelas Taobao mula diperkenalkan untuk menggantikan jualan DVD Taobao yang kurang mendapatkan sambutan. 

Buat pertama kalinya, Akademi Borong China merekrut bakat IT untuk sebuah projek baru yang dinamakan sebagai MYWAU. Untuk permulaan 3 orang graduan UIAM telah dibawa masuk dan mereka terdiri daripada Pereka Grafik, Webmaster dan Apps Developer. 

Tuan Mohd Faiz dan En. Razali telah menubuhkan sebuah jenama baru iaitu Akademi Borong China di bawah syarikat Global Trade Solution. Masih lagi mengekalkan teras perniagaan seperti Trip & Seminar Borong China. 

Tuan Mohd Faiz telah membina jenama Jom Memborong di China (JMDC) dan beroperasi di Sri Gombak. Ianya bertahan sehingga tahun 2017 sahaja kerana atas faktor penukaran jenama baharu.  

en_GBEnglish
ms_MYMalay en_GBEnglish