BERAPA HARGA JUALAN SEPATUTNYA KITA LETAK DI SHOPEE?

BERAPA HARGA JUALAN SEPATUTNYA KITA LETAK DI SHOPEE?

Banyak isu berhubung dengan tak tahu nak letak harga jualan di Shopee, ada yang menjual sambil ‘menderma’ (tiada untung).

Isu ini sering berlaku kepada peniaga di Shopee yang tidak menitik berat tentang cas yang dikenakan oleh Shopee, ada juga yang membuat Promosi diskaun, baucer diskaun tanpa mengira hal-hal sebegini.

Itu tidak termasuk lagi, kempen-kempen yang dijemput oleh Shopee, seperti Shocking Sales, 9.9, Raya Promo, RM16 Free Shipping Program dan banyak lagi.

Jadi, bagaimana anda nak mengelakkan dari mengalami kerugian sehingga anda sudah ‘Fade Up’ nak berniaga di Shopee, walhal orang lain dah buat duit berpuluh-puluh ribu hanya duduk dirumah.

Anda sebagai penjual harus bijak dalam merangka strategi jualan. Bila waktu sesuai untuk melancarkan promosi?. Bagaimana nak memilih kaedah promosi, samada mejual dengan cara Wholesale, bundle deal, add on, discount promo, voucher dan sebagainya?. Berapa kadar untuk pemberian diskaun? Berapa keuntungan selepas jualan? Itu belum tolak lagi dengan kos Shopee Ads lagi. Stress kan?

Ini adalah contoh-contoh laporan oleh penjual di Shopee berkenaan kerugian yang mereka alami.

Jadi saya ringkaskan cara nak meletakkan harga sebelum Publish Product secara asas. Langkah pertama adalah :-

  1. Dapatkan jumlah % diskaun yang bakal diberi atas product yang hendak dijual tersebut. Contoh 10% untuk Produk A.
  2. Masukkan jumlah % atau RM baucar diskaun yang bakal dibuat untuk kedai atau produk tertentu bagi jumlah unit/harga pembelian. Contoh 5% @ RM1 untuk pembelian RM50 dan keatas.
  3. Masukkan nilai Transaction Fees 2.12% untuk setiap barangan.

Formula Pengiraan.

Gross Price = Product Price + Transaction Fees + ( Discount/Voucher Value RM/% ) {If Available}

RM50 + 2.12% = RM51.06 + 10%

= RM56.17

Jadi, ini harga yang sepatutnya anda perlu letakkan di senarai produk anda bagi mengelakkan kerugian ketika jualan.

Anda juga boleh buat penggenapan harga atau meletakkan harga yang ‘catch eyes’ untuk menarik perhatian dan minat pelawat anda. Seperti RM25.90, RM199.90 dan sebagainya.

Selain daripada Transaction Fees, pelbagai cas yuran dikenakan oleh Shopee seperti, Service Fees, withdrawal Fees dan commission fees dari kempen-kempen promosi atau penyertaan yang di war-warkan oleh shopee.

Jadi, harus diberi perhatian penuh dan baca segala terma dan syarat setiap penyertaan anda di Shopee.

Untuk mendapatkan kalkulator Shopee lengkap ini secara PERCUMA, anda boleh menyertai kelas online kami sementara tiket masih tersedia.

Klik SAYA untuk menyertai kelas secara Shopee Super-Advanced dalam masa terdekat secara online/personal coaching atau sebarang pertanyaan.

Cara mencantikkan Paparan Kedai anda dengan Hiasan Kedai (Shop Decoration)

Hiasan Kedai adalah alat untuk penjual dapat mencantikkan muka depan kedai (storefront) Shopee dan menarik pembeli untuk membeli dari kedai anda.

Unik dengan ciri seperti carousel, top picks dari kedai dan lain-lain, ia membantu penjual untuk memisahkan barang teratas mereka dan membolehkan pembeli mencari dengan mudah melalui gerai mereka sekaligus mencantikkan gerai dalam talian anda ini.

Cara Menggunakan Shop Decoration.

Untuk menghiasi kedai anda, anda boleh memilih templat susun atur yang tersedia untuk menunjukkan komponen yang berbeza di storefront anda.

Berikut adalah komponen yang dapat anda tunjukkan di storefront anda menggunakan “Hiasan Kedai”:

1. Carousel

2. Video

3. Banner

4. Product Highlights

5. Categories

Setelah berjaya menyimpan komponen, anda kemudian boleh menambahkan produk / gambar yang ingin anda tunjukkan dalam setiap komponen. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara menambahkan produk / gambar ke komponen masing-masing, anda boleh menyertai kelas secara dalam talian sepanjang tahun 2020 ini hanya dari rumah anda. Kelas ini akan mengajar anda dari basic sehingga anda pakar di Shopee.

Sila TEKAN SAYA untuk mendaftarkan diri ke Kelas yang akan datang atau terus hubungi kami untuk sebarang info.

Sila share artikel ini supaya dapat membantu orang lain diluar sana di saluran media sosial anda. Terima Kasih.

PENUTUPAN BUKAN PILIHAN – SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS (SSL)

PENUTUPAN BUKAN PILIHAN – SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS (SSL)

Berkuatkuasa 1 Julai 2020, Shopee akan MENUTUP PENUH fungsi pilihan saluran Non-Shopee Supported Logistic : Poslaju (West & East Malaysia) & Gdex (West & East Malaysia) untuk membuang pilihan yang berulang/sama di senarai saluran yang telah tersedia ada.

  1. Terdapat perbezaan antara Poslaju sebagai saluran SSL (bersepadu) VS Poslaju (Semenanjung) & Poslaju (Sabah Sarawak) di bawah saluran “More shipping options“, seperti saluran bukan SSL (tidak bersepadu).
  • a. Untuk anda yang telah membuat pilihan penghantaran Poslaju (West Malaysia) and Poslaju (East Malaysia), ia tidak lagi tersenarai di SSL lagi. Anda tidak perlu melakukan apa-apa tindakan. Dan jangan kuatir, ia tidak akan mengakibatkan apa-apa kesan kepada yang telah menyertai SSL sebelum ini dan ia berlangsung seperti biasa.

2. [ PENTING ] Sekiranya anda sedang dan masih ingin menggunakan syarikat kurier non-SSL (tidak bersepadu) bagi Poslaju (West & East) ATAU GDEX (West & East), sila tukar pilihan saluran kepada Others (West Malaysia) dan Others (East Malaysia). Ini kerana, Shopee telah menutup 4 saluran non-SSL bermula 1 Julai 2020.

  • Di bawah Others (West Malaysia) dan Others (East Malaysia), anda masih boleh memilih “Poslaju” dan “Gdex” sebagai saluran penghantaran anda semasa penghantaran.
  • Sekiranya anda gagal untuk berbuat demikian sebelum 1 Julai, anda bakal mengalami permasalahan untuk membuat pilihan tersebut kerana pilihan tersebut telah tutup dan pembeli tidak dapat membuat pembelian di kedai anda.

3. Anda sangat digalakkan untuk menggunakan fungsi MASS UPDATE di “Seller Center> My Product > Batch Tools” untuk mengubah senarai anda dari Poslaju (West Malaysia) dan Poslaju (East Malaysia) atau Gdex (West Malaysia) dan Gdex (East Malaysia) ke Others (West Malaysia) dan Lain-lain (East Malaysia). Buat secepat mungkin untuk mengelakkan komplikasi semasa penutupan.

STEP 1 : Seller Center > My Product > Batch Tools > Mass Update
STEP 2: Download > Shipping Info > Generate > Download
STEP 3 : Di dalam fail yang telah di muat turun mass_updated_shipping_info excel,
Tukar kepada OFF bagi Poslaju (West Malaysia), Poslaju (East Malaysia)
Tukar kepada ON bagi Others (West Malaysia) & Others (East Malaysia)
Jangan lupa juga untuk masukkan kos yuran penghantaran di saluran ini.
STEP 4 : Masukkan fail tadi. Mass Update > Upload.
Apabila sudah berjaya, maklumat senarai pilihan penghantaran akan berubah dan simpan serta merta.

4. Sebagai alternatif, anda selalu boleh menukar kepada DHL eCommerce, J&T Express, atau NinjaVan dan menggunakan rakan SSL Shopee yang lain untuk pengalaman pemenuhan yang lebih lancar.

Sebarang pertanyaan, boleh TEKAN SAYA untuk menyertai kelas secara dalam talian mengikut kesesuaian masa anda.

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout