Apa itu MYSPARK

Apa itu Program MYSPARK?

Program ini adalah bantuan latihan Khas dalam bentu kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) khas untuk seluruh ahli isi rumah Pekebun Kecil Getah yang ingin menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan Pemasaran Digital bagi usahawan mahupun yang baru ingin menceburi bidang keusahawanan sekali gus meningkatkan taraf pendapatan mereka.

Program ini akan berlangsung selama 3 hari 3 malam yang bertempat di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) RISDA, Melaka.

Program MYSPARK ini julungkalinya dianjurkan dan akan diselia sepenuhnya oleh syarikat yang dilantik oleh RISDA iaitu Mind Trade Sdn Bhd atau dikenali sebagai MYWAU.

Program ini juga mensasarkan peserta yang berusia 18-65 tahun dan yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam pemasaran digital yang menjadi pilihan utama dalam tren masakini.

Program ini ditaja sepenuhnya oleh RISDA dari segi yuran penyertaan, pengangkutan, makan minum dan kediaman. Berketepatan dengan misi RISDA iaitu, ingin menjadikan usahawan dibawah bimbingan RISDA untuk mencapai pendapatan bulanan dari sumber perniagaan sebanyak RM2,500.

Ia sekali gus, dapat membuka mata orang ramai dengan semangat dan usaha dari kedua-dua pihak RISDA dan Pekebun Kecil ini dengan menjadikan sumber perniagaan juga boleh menjadi pendapatan yang lumayan walaupun rata-ratanya mereka tinggal dikawasan pedalaman.

Pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dan sedang RISDA sediakan untuk membantu menaikkan taraf pendapatan pekebun dan isi rumah dengan memberi sumbangan bantuan dari segi modal, latihan dan sebagainya diantaranya adalah program MYSPARK ini sendiri.

Selain daripada itu, program ini menyediakan 4 modul latihan utama bagi menjadikan peserta ini keluar dengan hasil keputusan yang jitu. Diawal kursus ini ia dilengkapi dengan modul Pembentukan Minda peserta terdahulu dimana peserta jelas matlamat dan misi mereka dan mendapat keputusan yang mendatangkan hasil yang lumayan. Selain daripada itu juga, program ini akan mendedahkan peserta dengan modul Pendedahan Pemasaran Digital, Pemasaran Shopee Advanced & Lazada, Teknik & Strategi Jualan dan Pengurusan Sistem Agen yang menjadi pilihan utama pemilik produk.

Kesemua program ini akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sebanyak 7 siri bermula daripada 23 May -18 Ogos 2022 bertempat di UCAM, Melaka.

Pihak penganjur dan urusetia berharap program MYSPARK ini akan mendapat sambutan yang baik dari ahli isi rumah pekebun kecil getah dengan mendaftarkan diri ke program ini untuk sama-sama kita bantu menaikkan pendapatan isi rumah hasil dari perniagaan mereka.

Bagi yang memiliki kebun getah dan menepati syarat untuk menjadi sebahagian dari ahli Pekebun Kecil Getah RISDA, anda boleh membuat pendaftaran di https://pekebunkecilmakmur.com.my/ , di sosial media Facebook https://www.facebook.com/BPURISDA atau pusat bertanggungjawab untuk makluman lanjut.

Juga bagi syarikat dan badan-badan kerajaan yang ingin menjemput kami untuk melaksanakan dan menguruskan program seperti ini atau mengikut kesesuaian anda, boleh terus hubungi kami di talian +6017-6602537 atau https://mywau.com/ .

#myspark #RISDA #MYWAU