Assalamualaikum, Hai pengguna MyWau. Sekarang ini anda bersama saya dalam Tutorial Cara Pembayaran menggunakan fungsi Alipay MyWau untuk Website 1688. Anda hanya perlu mengikuti step berikut sahaja.
“Segala persoalan kini terjawab di ruangan FAQ di bahagian bawah artikel ini. Sila terus ke sana untuk sebarang info tambahan mengenai pembayaran Alipay di 1688.”
CARA PEMBAYARAN DI WEBSITE 1688
1. Anda pilih produk anda. Jangan lupa mengikuti semua teknik carian dan tapisan seperti yang diajarkan menerusi ebook, video kelas, MyWau Flix atau kelas fizikal yang anda pernah sertai.
2. Anda boleh memilih untuk menekan butang Order Now atau Add a Purchase. Sekiranya anda memilih ruangan Add a Purchase, anda boleh terus ke halaman Purchase Order dan pilih settlement secara satu persatu. Jangan buat sekaligus, kerana ianya tidak akan berjaya.
3. Apabila sudah sampai di halaman submit order, anda hanya perlu memilih alamat warehouse dengan tepat. Guna fungsi Change to untuk pilih dan tekan confirm receipt. Selepas itu, anda hanya perlu tekan Submit Order saja yang berwarna oren di bahagian bawah halaman ini.
4. Di ruangan seterusnya anda hanya perlu memilih Alipay dan tekan Go To pay. Kebiasaannya setiap pembelian memang automatik memilih Alipay. Maka, anda terus saja menekan Go To Pay.
5. Anda akan dibawa ke halaman di mana anda dikehendaki untuk mencari link Find Somebody To Pay. Ada ketikanya, anda tidak menjumpai Find Somebody to Pay. Untuk mendapatkan link ini, anda hanya perlu terjemah kembali halaman ini ke bahasa Cina. Ianya ada di sebelah kanan no. telefon atau email anda. Sila perhatikan gambar.
6. Anda akan dibawa ke halaman Friend’s Account. Di sini, anda hanya perlu membuka MyWau anda dan Copy saja No Alipay MyWau. Caranya, buka saja MyWau > Service > Alipay
7. Anda paste kan saja no Alipay MyWau tadi di ruangan Friend’s Account. Sejurus itu masukkan MyWau ID anda di ruangan Leave a Message. No. kod keselamatan jangan lupa untuk diisi sama seperti yang ditunjukkan. Tekan Ask Him To Pay. Oh ya, No. Alipay MyWau tu akan berubah keluar nama saya secara automatik semasa anda mengisi semua borang yang tersedia.
8. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman Payment Request berjaya dilakukan. Klik sahaja View Details yang berada di bawah kiri halaman.
9. Dan anda akan dibawa ke halaman resit permohonan pembayaran tadi. Sila copy transaction number, kebiasaanya akan bermula dengan no. 2020. Copy juga butiran jumlah pembayaran yang harus MyWau bayarkan nanti.
10. Anda buka sistem MyWau di halaman Alipay yang sama tadi, anda terus tekan butang Create New. Anda boleh pilih Only 1 Alipay atau Consolidate Alipay. Anda paste di ruangan Transaction No, masukkan juga jumlah pembayaran di dalam Yuan (RMB) serta isi nama produk di Remark User untuk tujuan rekod serta rujukan. Abaikan kosong juga dibenarkan.
11. Anda tekan butang submit (bagi Only 1 Alipay) atau tekan butang Submit Alipay di bawah table draft Alipay untuk selesaikan proses consolidate Alipay di MyWau.
12. Anda boleh membuat pembayaran kepada MyWau menerusi butang Action > Pay Now. Anda akan dapati status pertama Alipay MyWau anda adalah Awaiting Payment, setelah berjaya membuat pembayaran, status akan bertukar menjadi Payment Processing.
13. Tunggu sehingga MyWau berjaya membuat bayaran, dan status Alipay di MyWau anda akan berubah menjadi Paid.
12. Anda akan seterusnya boleh berpindah ke proses Create Parcel apabila pihak seller sudah mengeluarkan barang yang dibeli dari kedai/kilang.
Selamat mencuba!