WEBSITE MYWAU BAKAL BERWAJAH BARU DAN MENAMBAH BAIK BEBERAPA FUNGSI

Sudah sampai masanya. Selepas 60 hari kami umumkan dahulu, bahawa website Sistem MYWAU akan bertukar wajahnya. Lebih simple, kemas dan plain. Sesuai dengan tema MYWAU yang sentiasa mahu menampilkan sebuah sistem yang mudah urus, sistematik dan berkembang pesat. 

Dengan perubahan ini, maka kami telah menghantar email kepada semua user, dan telah blast ke banyak Group Support rasmi MYWAU bagi memberitahu perihal perubahan ini. Sistem lama akan ditutup dan digantikan dengan interface yang lebih baik. Namun begitu, bagi pengguna APPS, ianya tidak banyak berubah kerana perubahan secara menyeluruh ini akan dilakukan secara berperingkat. Hanya paparan website sahaja dulu kami ubah. 

Oleh itu, bermula dari jam 12.00 tengah malam ini (Jumaat awal pagi) sehinggalah pada jam 10 pagi esoknya (Jumaat), proses penutupan dan perpindahan interface serta fungsi baru akan berlaku. Kami menyarankan untuk anda menunda sebarang proses sehinggalah sistem baru berfungsi dengan baik selepas jam 10.00 pagi. 

Apa yang berubah kali ini? 

Interface baru. Of course. Sangat berbeza. Fungsi lama masih ada dan ditambah baik beberapa perkara.

Berikut merupakan penambahbaikan yang kami ambil dari saranan dan idea pengguna MYWAU. Sungguh, tanpa pengguna MYWAU yang sentiasa menolong dan membantu memberikan pandangan, MYWAU takkan pergi sejauh ini.  

(1) Fungsi di Parcel kini ada kaitan dengan Shipment anda. Ini memudahkan anda untuk terus view shipment anda hanya dari Parcel. Tidak perlu membuka Shipment lagi seperti sebelum ini. 

(2) Payment Gateway MYWAU sebelum ini dikenali sebagai Senangpay tidak lagi kami gunakan. Sekarang ini, demi menyahut seruan #BMF, kami menyokong sebuah payment gateway keluaran muslim iaitu ToyyibPay. Anda boleh mencubanya untuk bisnes anda juga, kerana mereka tidak mengenakan caj bulanan atau tahunan. Hanya RM1 sahaja caj pengendalian yang Toyyibpay kenakan sekaligus jauh lebih murah dari sebelum ini. Dapatkan Toyyibpay anda di sini >> KLIK DI SINI

(3) Menu di dalam website juga berubah dan lebih tersusun mengikut kategori. Servis dan support dibezakan terus. Manakala di bahagian fungsi utama sistem pula disusun mengikut cadangan pengguna MYWAU agar mengikut step penggunaan. Lihat contoh di bawah:

(4) Pengumuman pula kini boleh didapati secara terus dengan mengklik di ikon kecil di sebelah nama profail anda. Bila ditekan, ianya akan muncul sebagai pop up info di paparan sistem MYWAU. Lihat ikon di bawah.

(5) Pertambahan satu lagi alamat Warehouse MYWAU di Yiwu. Ianya bakal membantu pembelian produk yang jauh dari Guangzhou dan memakan kos penghantaran domestik yang mahal. 

(6) MYWAU Indonesia juga bakal dibuka. Namun begitu, harga tidak dikeluarkan lagi buat masa ini. Apabila harga shipping keluar saja, terus anda dah boleh shipping ke Jakarta dengan senangnya! Wow!

(7) Anda kini boleh terus chatting dengan Customer Service dengan menekan butang Chat di penjuru kanan bawah website. 

(8) Nota untuk shipment kini lebih details dan kemas. Perkiraan akhir warehouse akan diperjelaskan selengkapnya dengan memberitahu jenis measurement yang dikira. Anda juga boleh refer Remark Admin untuk nota tambahan. 

(9) Yang paling ditunggu-tunggu adalah berkenaan rate Alipay MYWAU. Selepas direview dengan situasi semasa, kini rate Alipay akan menjadi lebih baik iaitu 1.60 berbanding 1.55 sebelum ini. 

(10) Bagi mereka yang memegang Pas VIP member MYWAU anda akan diberikan akaun MYWAU berbeza, fungsi yang sama dan mendapat special rate yang berbeza dari normal user

Akhir kata, bagi mendapatkan butiran lanjut, sila hubungi customer service MYWAU untuk sebarang pertanyaan. InshaAllah idea dan saranan anda kami akan realisasikan. Terima kasih kerana menggunakan MYWAU. 

MyWau 2.0 | Akan Datang

Siapa sangka, MYWAU berkembang pesat. Bukan sahaja menambah baik segala fungsi di MYWAU tetapi pelbagai pengisian telah diusahakan oleh Tuan Mohd Faiz dan pasukannya. 

Siapa masih ingat, MYWAU versi 1.0 dulu. Baby boomers gitu. Hanya berupaya untuk menyelesaikan masalah shipping saja. Kemudian ianya ditambah baik dengan fungsi Alipay dan WechatPay kepada seller. Ianya telah hampir sempurna. 

Namun begitu, riuh di jabatan Teknologi MyWAU, bahawasanya akan muncul versi 2.0. Dikhabarkan MYWAU akan berwajah baru dan lengkap dengan fungsi yang lebih ‘user friendly’. 

Kali ini, saya telah masukkan beberapa elemen seperti ‘multiple parcel’, pengumuman bergambar dan macam-macam lagi fungsi. – Rasyid, Pakar IT MYWAU. 

Seperti yang telah ditunjukkan oleh Pengurus IT MYWAU ini, penulis telah mendapati ada satu fungsi yang sangat menarik. Ianya bakal menjadikan MYWAU ini sebuah aplikasi yang mesra sosial. 

Kewujudan Wall atau Discussion Room. Ianya mirip aplikasi facebook atau instagram. Boleh membuat status dan mengumpul likers atau followers. 

Ianya boleh berkembang dengan rata-rata ahli MYWAU kini adalah pelopor kepada bisnes POOL ORDER. Ianya pasti akan menggembirakan mereka. Betul tak? 

Apa-apa pun, projek ini akan mengambil masa 60 hari atau 2 bulan. Ianya dijangka akan dikemaskini terlebih awal untuk versi website pada sekitar bulan Ogos 2019 sebelum dikemaskini di paparan telefon pintar pada September 2019. 

Penulis selaku pengguna MYWAU pun tidak sabar untuk melihat wajah baharu sistem mudah urus Penghantaran dari China ke Malaysia ini. Setakat ini, aplikasi MYWAU adalah yang paling mudah urus, cepat berevolusi dan nampak bercita-cita besar. 

Sementara masih di dalam proses pembangunan ini, ada apa-apa tak yang ingin anda cadangkan kepada beliau? Boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah. Jom!

Kini Anda Boleh Mengira Kos Shipping Anda di MyWau Apps!

Tanpa sedar, MyWau berkembang dengan pesatnya. Seiring dengan teknologi terkini, MyWau sentiasa ingin mempermudahkan para penggunanya.

Kini, anda sudah boleh mengira kos shipping anda. Lebih mudah. Lebih tepat. Dan yang paling penting, ianya mengira mengikut rate MyWau. Tak perlu buka kalkulator lagi.

Bagaimana caranya?

  1. Anda boleh membuka ruangan ini di bahagian Price List MyWau (sila lihat gambar di atas)
  2. Anda pilih Shipping Weight and Price Calculator
  3. Sila pilih method shipping yang anda kehendaki. By Air atau By Sea.
  4. Paling penting, anda wajib tahu actual berat dan ukuran packaging dari Seller anda.
  5. Selepas itu, bandingkan caj kg dan volume metrik kg untuk by Air.
  6. Dan bandingkan pula caj kg atau volume metrik kg dan CBM untuk kategori Shipping By Sea.

Kami harap, perkongsian ini menggembirakan semua pengguna MyWau dan lantas anda sendiri boleh memilih sendiri, apakah method penghantaran yang anda mahukan, sekaligus menepati citarasa tersendiri.

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout