Nak Tahu Cara Buka Akaun Bank di China?

Ada beberapa orang bertanya, bagaimana nak buka akaun di China.


Jawapan: Lain bank lain syarat yang dikenakan. Yang saya tahu dan berdasarkan pengalaman sedia ada, antara dokumen yang diperlukan adalah:


1. VISA MULTIPLE ENTRY
Visa jenis ini boleh di apply selepas kita telah mempunyai visa single entry. Namun, dokumen yang diperlukan lebih daripada permohonan biasa. Antaranya, surat jemputan dari supplier di china dan alamat negara China.


2. NO INCOME TAX
No income tax di Malaysia. Jadi , kalau tak bayar TAX, susah nak lulus permohonana anda.


3. LAPORAN POLIS
Bermula 2018, kebanyakan bank di china mahu surat daripada pihak polis di china. Pergi sahaja ke mana mana balai polis dan maklumkan yang anda mahu membuka akaun bank di China.


4. ALAMAT HOTEL
Yang ini simple, minta di lobby hotel sahaja.


5. INTRODUCER
Yang ini wajib. Introducer. Lebih mudah bawa pengilang @ rakan anda di China untuk jadi introducer semasa anda mahu membuka akaun bank


Reminder :
Polis, pegawai bank di China tidak boleh berbahasa inggeris dengan baik. Jika boleh bagi skala 1-10, sy boleh berikan 2 atau 3 sahaja.Jadi, pastikan ada rakan anda teman sekali semasa berurusan di balai polis atau bank.

Anda suka info ini? Komen dan share tau. 

5 Cara Terbaik Anda Untuk Mulakan Bisnes Pre Order yang Pertama

Apabila menguasai Ilmu Taobao atau 1688, ramai yang mula bertanya. Bagaimana nak mulakan bisnes Pre Order ni ya? Almaklumlah. Dah pandai order terus dari China, kan? Oleh kerana ramai yang bertanyakan kepada saya, meh saya ceritakan. Ada 5 cara. Boleh follow satu-satu. Jom baca.

 

Cara #1: Kenalpasti Target Customer

Sebelum ghairah nak bukak pre-order ini, ada baiknya, kita muhasabah. Nak fokus kepada golongan mana? Mudakah? Tuakah? Budak sekolah? Ibu bapa? Anak-anak? Muda Remaja? Nak pukul rata semua? Boleh jer. Nanti deme penat, awok  tak tahu.. Hahaha. Cakap Perak sikit, sebab juara Piala Malaysia baru kan? 

 

Mengapa kita wajib kenalpasti pelanggan, supaya kita mudah nak cari produk. Pelanggan pun sedia menanti. 

 

Cara #2: Bina Kolam pelanggan.

Kolam? Apa tu? Kolam renang ke? Eh, taklah. Apa yang saya maksudkan di sini, cipta kolam tempat kumpul semua pelanggan kita. Apabila semua dah ada di dalam group kita, senang kita nak seeding info barang dan iklankan pre-order. Haaa, takdelah kita sugul di pagi hari. Bila melihat takde respon untuk join order kan? 

 

Cara #3: Pilih Tool Yang Terbaik untuk Kolam anda

Ada beberapa cara nak kumpul pelanggan di dalam kolam ini. Ada orang suka whatsApp group. Ada yang suka Telegram Group. Facebook Group pun boleh. Ikut suka. Yang mana anda dan pelanggan anda mesra. 

 

Kalau di Telegram, anda akan jumpa 2 group. Satu berbentu Chat Group. Kedua, berbentuk Channel. Menariknya, dua-dua method ini boleh digunakan serentak. Yang bestnya Telegram ini, para pelanggan kita yang masuk kemudian masih boleh membaca conversation lama dan memudahkan mereka untuk mengikuti perbualan sebelum ini. 

 

Manakala fungsi Channel pula, anda akan berupaya meletakkan segala jenis gambar dan katalog untuk dijadikan rujukan tanpa diganggu sebarang perbualan. Gambar atau video atau apa sahaja kod yang diberikan, boleh digunakan oleh para pelanggan anda untuk menempah di group chat. 

 

Cara #4: Anda tempah produk sebagai sampel dahulu

Orderlah di Taobao atau di 1688. Jadikan sampel dan bahan marketing anda. Ianya sangat bagus untuk anda bina trust. Di sinilah anda akan dapat tahu, berapa lama masa diambil dari menempah sehingga penghantaran dibuat. Perkiraan hari ini penting untuk anda boleh merancang jadual tempahan sekaligus membina satu s.o.p yang terbaik buat anda. Pelanggan anda pun takde lah risau bebenor, bilalah barang nak sampai, kan? 

 

Cara #5: Posisikan anda dan produk anda dengan kualiti, bukan kecepatan masa. 

Ini penting. Kita tempah barang dari beribu kilometer. Akan ada banyak proses yang akan terlibat, dari seller ke warehouse, dan dari warehouse ke Malaysia. Banyak proses dan masa terlibat. Apabila kita tekankan tentang kualiti, masa yang sedikit lama tidak akan menjadi isu yang besar kepada pelanggan. Ya, cepat itu bonus. Kalau cepat, tetapi barang yang diterima tidak sama dan tak elok, lagi lah tak elok kan? So, fokuskan kepada kualiti dahulu. 

 

Okey, itu sahaja perkongsian saya. InshaaAllah di lain ruang dan peluang, saya akan berkongsikan topik lain pula. Terima kasih kerana sentiasa bersama Akademi Borong China dan MyWau. 

 


Kepada anda yang belum menyertai Taobao Training Class atau Advance 1688 Training Class, anda boleh terus ke LINK TTC di bawah ini: 

 

>> SUPER COMBO TAOBAO & 1688 TRAINING CLASS

5 Sebab Bisnes Bungkus Sebelum 3 Tahun Fasa Start-Up

Puan Ainon Mohd telah memberikan intipati inspirasinya di dalam laman facebook beliau yang berbunyi lebih kurang, “Tempoh survival sesebuah perniagaan itu adalah minima 3 tahun.” Ini bermakna, melepasi 3 tahun adalah kejayaan yang pertama. 

 

Di sini saya ingin berkongsikan kepada para pembaca mengenai 5 sebab utama bagaimana sesebuah bisnes itu boleh berkubur dengan lajunya. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan perkongsian sahabat-sahabat bisnes saya. Boleh saya simpulkan, tanpa sahabat-sahabat ini (circle bisnes) saya tidak mampu untuk bertahan di dalam industri ini selama 5 tahun. 

 

Tahun ini adalah tahun pertama saya dengan jenama Akademi Borong China. Tetap saya mengukur diri ini sebagai setahun jagung dan sedang ‘berlawan’ untuk melepasi tahap survival bisnes saya sendiri. Maka, sebagai rakan bisnes untuk anda, saya alu-alukan untuk anda membaca perkongsian ini. 5 sebab bisnes bungkus sebelum 3 tahun fasa start up. Kalau ada yang dah pernah laluinya, boleh komen “saya pernah rasa”.

 

SEBAB SATU: BODOH SOMBONG

Pesan guru saya. Jangan bodoh sombong. Kita sedang dalam fasa start up. Fasa mula-mula. Kena banyak bersabar. Boleh buat silap. Tapi kena belajar. Ini tidak, banyak betul alasan bila disuruh belajar. Dia kata baca buku sahaja pun boleh hidup. Ya, memang baca buku itu penting. Guru yang kaya pengalaman tersangatlah penting. Ini kerana kaya bacaan tidak menjamin keputusan yang betul-betul di masa-masa yang tertentu. 

Jawapan: Kita budak baru. Maka, jangan sombong. Terima nasihat. Cari guru. Ubah sikap dari berlagak kaya buat bisnes dengan merendah diri tanda tak banyak benda kita tahu, tetapi berimpian besar. 

SEBAB DUA: HANYA TAHU BUAT DUIT & HABIS DUIT

Yang ini parah. Pandai bawa masuk duit sahaja tak guna bila dikemaskini akaun, tetap tinggal RM2 sahaja. Belajar cashflow. Belajar undang-undang perakauanan. Belajar urus kewangan. Baru nampak perjalanan syarikat sekaligus mempercepatkan tumbesarannya. Modal dipusing cantik, duit syarikat tidak diusik sewenang-wenangnya, sekaligus gaji diambil secara tetap. 

Jawapan: Pergi cari kelas yang mengajar urus duit. Saya pun sedang mahir dibantu oleh penasihat kewangan saya. 

SEBAB TIGA: TAKUT MEMBUAT KEPUTUSAN

Takut-takut. Tapi buat bisnes juga. Berani buat bisnes itu dah bagus dah. Takut-takut menghadapi risiko itu boleh membuatkan bisnes kita akhir ke laut dalam. Di saat bisnes memerlukan keputusan dari pemilik bisnes, kita takut. 

Takut rosak. Takut tak jadi. Takut tak diterima. Takut malu alah. Takut dengan pesaing. Takut duit habis. Takut dengan pelanggan. Takut produk tak laku. Takut dengan macam-macam ketakutan. Takut yang macam-macam begini boleh menjatuhkan. 

Jawapan: Cari guru, uruskan rasa takut dengan tips pengurusan risiko.

SEBAB EMPAT: TIADA PERANCANGAN / PELAN A ATAU B ATAU C

Bila dah mahu memulakan bisnes anda mesti ada VMO. Apa itu VMO? Visi, Misi dan Objektif. Ada tak? Kalau ada bagus. Tapi yang tak bagusnya. Semua ada. Lengkap. Cuma perlaksanaan sahaja tiada. Di dalam perlaksanaan ini haruslah mempunyai pelan jangka pendek, jangka panjang atau pelan A, pelan B atau C. 

 

Dengan perancangan yang rapi, kita boleh memanjangkan hayat perniagaan kita. Apabila tersekat di mana-mana jalan, puas mencari gali punca dan masalah, tetap tidak ada cara, kita masih mempunyai Pelan B untuk diubah suai. Itulah kelebihan buat mereka yang merancang dengan teliti ini.

Jawapan: Anjurlah Bengkel Perancangan Strategik sekali sekala atau di awal tahun. Ini akan memudahkan untuk anda review setiap langkah yang diambil oleh syarikat sekaligus menerapkan jalan penyelesaian yang lebih baik untuk tahun berikutnya. Bawa lah staf makan angin sikit. Kasi segar kepala otak. 

SEBAB LIMA: TIADA GURU ATAU MENTOR

Dalam diam-diam saya sendiri mempunyai beberapa orang guru untuk saya rujuk dikala menghadapi masalah atau memohon panduan di kala sesat. Banyak perkara di atas saya ada sebutkan tentang cari guru. Di sini saya tekankan sekali lagi, jangan jalankan perniagaan tanpa guru atau mentor membimbing kita. 

 

Guru ini ada 3. Guru yang terbukti berjaya. Guru yang pernah gagal dan berjaya. Guru yang gemilang di dalam industri yang sama. Jadikan guru-guru ini sebagai mentor. Saya kategorikan pula guru-guru ini mengikut beberapa pembahagian: 

  • Guru Kewangan
  • Guru Pengurusan
  • Guru Pemasaran
  • Guru Teknikal
  • Guru Kerohanian

Semua bahagian ini saya ada setiap seorang. Adakah anda sudah ada guru? Usah berlama-lama tanpa guru. Sekali sesat tiada lampu untuk menyuluh kembali jalan kita. 

Jawapan mudah sayaCari guru sekarang sebelum bungkus ikat tepi (kalau ikat mati, jahanam!)

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout