“You Get What You Pay” – Faiz

You Get What You Pay.

Ini adalah apa yang aku dapat sepanjang aku bergelumang dalam dunia Borong China ini. Kita putar masa. Balik ke zaman 3-5 tahun dulu. 

Setiap kali aku berbicara mengenai industri ini, pasti akan ada yang menempelak. Betul ke bro, barang China ni berkualiti? Aku tengok banyak yang barai ada lah!

Betul. Aku tak nafikan. Pada waktu itu, banyak kes jugak yang terjadi. Bahkan kalau diselak semula jendela hidup aku, memang pernah aku ‘terkena’ dengan barang dari China ni. Tersungkur dibuatnya!

Dulu-dulu. Kawan-kawan kenal aku sebagai Faiz Borong China. Yelah, apa yang aku tulis di facebook, apa yang aku buat, semuanya berkenaan borong barang dari China. 

Siapa yang kenal dengan Paih, pasti tau aku pernah jual Cadar Patchworks, Powerbank dan juga Pen Drive. Waktu mula-mula nak merasa aura jutawan muda. Study pun dah di hujung waktu dah. Grad je terus sambung projek ni. Ada la staf sorang. Rumah dah macam gudang. Tinggal bilik aku dan bilik isteri ja. Kawin muda la katakan. 

Nak dijadikan cerita, waktu aku pernah memborong Pen Drive dulu-dulu, adalah aku pernah menekan harga dengan sorang supplier aku ni. Aku pergi ke China direct taw. Zaman tu mana ada lagi dunia Taobao dan 1688 ni semua. Kalau nak barang, pergi sana. Jumpa face to face. Pandai-pandai la nak wat bisnes kan?

Aku tekan betul-betul kali tu. Waktu tu buat duit kencang jugak dengan pen drive ni. Benda kecik. Budak-budak universiti la paling ramai yang beli. Penting kot nak simpan data assignment, movie dan lagu. Memang berebutlah. 

Supplier aku memang dia kata semua ada. Sampai rapat aku tekan harga. Dia kata okey. Boleh. Aku pun memborong. Habis ribuan ringgit jugak taw. Terbayang dalam kepala, berapa untung aku dapat. Leh makan puluhan ribu jugak outcome aku kali ini. Yelah, cuba bayangkan kalau dapat kos produk jatuh RM1-RM2, pastu kau jual semula dengan harga RM60 – RM80 satu. Waktu tu, yang bersaiz 256MB pun dikira paling besar dah.. Hahaha. 

Berlambaklah kawan-kawan seuniversiti yang nak menempahnya. Siap ada kawan-kawan universiti lain pun sama masuk menempah juga. Maka dipendekkan cerita, barang pun sampai. Akulah yang paling happy. Seronok mengira untung. Tolak kat ejen pun masih lagi buat untung banyak. Seronok tak terhingga!

Tiba-tiba aku dapat panggilan. Satu persatu. Semuanya dari ejen. Mereka kata pen drive tu tak asli. Ciplak. Kat luar tulis saiz besar. Bila dipakai, masuk satu fail terus full. Takleh masuk apa-apa dah. Aku dah resah. Ah sudah. Mungkin satu dua je lah yang defect. Leh la aku refund semula. 

Aku silap. Lepas satu-satu ejen yang pulangkan semula. Ada yang marah-marah. Aku terduduk. Masa tu, perasaan tu takleh dibayangkan lah. Baru ja nak naik. Nak seronok-seronok meniaga. Apakan daya. Kalau kita rasa panas tu berpanjangan, akhirnya hujan di tengah hari. Habis spoil mood. Aku usahakan juga untuk refund semua duit. 

Apa lagi aku pun balun jugak lah dekat supplier. Aku marah dia sebab jual fake item kat aku. Dalam marah-marah tu aku tersedar. 

Yang silap ni bukan supplier. Tapi aku. Aku yang mendesak. Aku yang minta semua ni berlaku. Aku beli yang murah, aku dapat yang low quality. Aku yang tempah maut. Aku kena hadap lah!

Selepas kejadian itu. Aku tak pernah lagi main harga dengan supplier. Yang original je aku cari. Walaupun harga sedikit mahal, tapi aku puas. Pelanggan pun suka. 

Ya, di sinilah aku sedar. You will get for what you pay. Kau beli yang cokia, ko akan dapat yang cokia juga. Kena faham aturan dia. 

Harap korang dapat sesuatu dari pengalaman aku yang tak seberapa ni. Berbalik kepada barang China semua low ke? Dulu, mungkin ada dalam 30 -40%. Kini nak jumpa yang tak kualiti tu hanya dalam 10% jaa. 

Korang kena bayar dengan apa yang korang bakal dapat. Nak emas, harga pun emas lah kan. Tapi still boleh buat duit apa. Ubah pandangan customer dari hanya tengok pada harga, beralihlah kepada tengok kualitinya. Baru senang hati nak meniaga. Kan?

Faiz Borong China
Lelaki Pernah Tertiarap

WAREHOUSE KE-3 MYWAU KINI SIAP UNTUK DILANCARKAN!

Slowly But Surely

Rabu lepas. Pergi ke Guangzhou. Pagi, setelkan urusan di bank dan beberapa urusan lain.

Petang, terus ke warehouse. Meeting dengan CEO Dex-i dan team di China.

Bentangkan idea dan feedback dari user Mywau di Malaysia. Semuanya berjalan baik. Semua complain kami compilekan. Mahu tambah baik. Dalam bisnes, bila pembeli / pengguna gembira, mereka akan cerita kepada 2 orang pengguna baru. Merek akan rekomen bisnes kita.

Dalam bisnes, jika ada buyer yang tak puas hati, mereka akan cerita keburukan kita pada 10 orang lain. Bila terima feedback/complain, cepat cepat setelkan.

Jam 5 ptg, usai meeting yang panjang. Alice kata, ‘lets go boss, see our new warehouse’

..
..

Itu salah 1 agenda besar kali ni ke China. warehouse sekarang tak mampu lagi nak menampung kebanjiran parcel yang dibeli. User mywau juga dah mencecah 6000 ahli.

Kali ni, terus jadi. Sign dan confirm. Warehouse Mywau yang ke – 3. Panjangnya lebih kurang 100 meter dengan kelebaran 20 meter. 2 tingkat saiznya. Cukup untuk menampung jumlah parcel yang ada ketika ini.

Process renovation akan mula dijalankan next week. Dijangka pada pertengahan september, warehouse ini akan mula beroeperasi.

Dalam meeting yang sama juga, saya mengusulkan agar team logistik di China dibesarkan. Ketika ini, 19 orang team di Malaysia dan 8 orang di China.

..
..

Mywau budak baru. Yup, baru 1 tahun 9 bulan usia Mywau. Kami tak mahu dibandingkan dengan orang besar yang lain, yang dah lama dalam industri. Kami mahu berlari dalam track kami sendiri. Kerana kami tahu, ini adalah perjuangan dan ianya sebuah marathon yang panjang.

Mywau nak bantu 10 000 orang tahun ini. Supaya lebih ramai dapat mula berniaga, supaya lebih ramai dapat mancari income extra supaya lebih ramai dapat kembangkan apa yang ada.

Mywau ini, kita kembangkan bersama. Kita bangunkan, dan kita cipta sejarah kita.

Terima kasih buat 6000 user yang ada.

-BERJAYA BERSAMA-

Faiz Zakaria
-Lelaki kiriman wang pos-

GET PROMO CASHBACK RM10 UNTUK SETIAP TIKET KE KELAS SUPER COMBO TAOBAO & 1688 DI SETIAP LOKASI SEPANJANG SEPTEMBER INI!

[[ LINK PROMO MERDEKA DAY DIBUKA SEKARANG!!! ]] – PROMO MERDEKA DAY – GET PROMO CASHBACK RM10 UNTUK SETIAP PEMBELIAN TIKET KE KELAS SUPER COMBO TAOBAO & 1688 DI SETIAP LOKASI SEPANJANG SEPTEMBER INI!
.
.
LINK >> https://mywauofficial.onpay.my/order/form/merdekapromo
.
MASUKKAN KOD KUPON [ MRDEKA ] DAN TUNTUT RM10 ANDA!
.
.
Dengan semangat kemerdekaan ini, kami sangat gembira untuk memberikan hadiah JIMAT RM10 dengan memasukkan KUPON yang akan kami dedahkan di HUJUNG LIVE INI!
.
LINK Daftar untuk PROMO MERDEKA ini akan kami kongsikan pada jam 12.00 tengah hari tepat!
.
STOP!!!
.
ADA PERKARA BEST! MYWAU NAK ‘MENAJA’ YANG BERTUAH UNTUK GRAB TIKET FREE (SEORANG UNTUK SATU LOKASI) DENGAN MENYERTAI CONTEST INI >>
.
1. SHARE LIVE INI KEPADA 30 GROUP/WALL/WASAP – at least 30 shares kat mana2 platform, okey?
.
2. JAWAB SOALAN MUDAH ADMIN DI TENGAH-TENGAH LIVE NANTI.
.
3. SUBMIT JAWAPAN DALAM KOMEN. YANG BERTUAH, AKAN KAMI WASAP SELEPAS LIVE. (So tinggallah no phone semasa bagi jawapan, okey?)
.
LINK >> https://mywauofficial.onpay.my/order/form/merdekapromo
.
MASUKKAN KOD KUPON [ MRDEKA ] DAN TUNTUT RM10 ANDA!
.
#MYWAUKITAPUNYA
#MYWAUMERDEKADAY

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout