Keperitan itu Sementara, Kejatuhan Pula adalah Proses – Mursyid Halim
Proses belajar dengan MyWau membuahkan hasil. Bagi yang betul-betul buat, saksikanlah. Tuan Mursyid Halim. Seorang yang komited dan tidak kenal erti putus asa. 
 
Bacalah luahan beliau yang telah penulis sisipkan dari Facebook Group Rasmi MyWau.
 
“Sekadar berkongsi dengan rakan-rakan Mywau.” Katanya.
 
 
2019
 
Pada akhir 2019 saya jatuh dalam business. Tapi perancangan Allah sangat teliti, ketika saya jatuh itu juga lah Allah temukam saya dengan Mywau. Dapat ilmu terus praktikkan, December 2019 kami bawak masuk shipment pertama, 10 set mainan sahaja.
 
2020
 
Kami lebih serius dengan Mywau. Kami pulun pelan-pelan. Di awal-awal masih banyak tak tau, pelan-pelan kami baiki. Cuba dan cuba lagi.
 
Di tengah 2020, kami rasa dah tak boleh buat sendiri, nak ajak orang lain jugak. Maka kami mula ambil dropship. Dari situ kami mula berkembang.
 
2021
 
AlhamdulilLah kami mula dengan langkah kanan. Sebuah kedai di Kedah untuk dijadikan sebagai warehouse kami dan sebahagiannya digunakan sebagai showroom.
 
Siapa sangka, dengan hanya menjual produk-produk pendidikan awal kanak-kanak dan buku anak-anak, kami dapat jadikan business ini sebagai tempat kami mencari rezeki.
 
AlhamdulilLah, alhamdulillah.
Saya nak ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih kepada Mywau kerana terus memberi peluang kepada kami untuk bekerjasama. Semoga Mywau terus maju.
 
Untuk rakan-rakan yang baru bermula, atau sedang down, ingatlah bahawa keperitan yang kita rasakan adalah sementara. Kejatuhan adalah proses kejayaan. Kegagalan sebenar adalah ketika anda berhenti.
 
Alhamdulillah.
 
P/s: saya baru create satu group telegram untuk sahabat2 yang berminat nak pool produk mainan dan buku-buku. Jemput join kalau sudi 😊
 
 
Sekali lagi, terima kasih Mywau!