2 Faktor Utama Penundaan Tarikh Shipping by Sea

Ini adalah berita yang menyedihkan buat semua pengguna By Sea Guangzhou MyWau. Saya telah menyemak dari beberapa sumber utama, dan ternyata ianya menjadi faktor utama mengapa ada tracking yang dikemaskini beberapa kali menyaksikan ada perubahan tarikh ETA.

Ada ramai juga yang telah menghantar aduan di messenger dan saya terpanggil untuk berkongsikan tentang permasalahan ini.

Faktor pertama: Website Pelabuhan Klang telah melaporkan ada beberapa kes Covid-19 yang melibatkan kakitangan di pelabuhan. Maka, pihak pelabuhan telah memaklumkan ada beberapa lokasi dan SOP yang lebih diketat dikenakan. Walaupun begitu, proses penerimaan kontena dan pergerakan kontena berjalan dengan baik tanpa gangguan, namun saya percaya ianya akan membuatkan proses tetap menjadi sedikit perlahan dari kebiasaan. Tindakan Ini membolehkan proses kuarantin dan sanitasi di beberapa lokasi penting berjaya dijalankan. Anda boleh merujuk website ini: https://www.pka.gov.my/index.php/en/.

Anda juga boleh muat turun PDF surat pengeliling mereka di sini: https://www.pka.gov.my/phocadownload/pressrelease/DETECTION%20OF%20COVID-19%20CASES%20IN%20PORT%20KLANG.pdf

Selain itu, anda juga boleh menyemaknya melalui berita yang dikeluarkan oleh The Star. Pautan berita di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/11/10/operations-at-port-klang-uninterrupted-despite-covid-19-outbreak-among-foreign-workers-say-port-authorities

Faktor kedua: Saya juga telah berbincang dengan pihak pengurusan logistik MyWau di Guangzhou, China. Mereka melaporkan kegiatan kontena mutakhir ini berlaku sedikit perubahan. Data menyaksikan, kebanyakan kontena tidak mahu menghala ke arah pengairan Asia Tenggara kerana faktor pandemik dan kekurangan barang dagangan yang boleh dibawa dari pengairan benua kita. Kontena banyak menghala ke Eropah dan ke benua yang boleh menjanjikan keuntungan yang lebih baik.

Maka, pihak MyWau terpaksa menunggu dan menguruskan penghantaran dengan senarai kontena yang terhad. Di sini, pihak di China memohon maaf kerana tidak dapat menghantar barangan dalam masa yang sepatutnya. Perkara ini betul-betul di luar kawalan MyWau.

Namun begitu, kami di MyWau akan sentiasa mengenal pasti dan memeriksa peluang yang lebih baik agar ianya dapat dihantar ke Malaysia dengan jayanya. Tiada apa lagi buat masa ini yang kami boleh buat melainkan dengan menunggu dahulu keadaan Pelabuhan Klang serta keadaan semasa operasi perkapalan di pelabuhan Guangzhou.

Kami di MyWau akan mengemaskini dari semasa ke semasa. Mohon maaf sekali lagi di atas kesulitan yang tuan puan hadapi sekarang ini.

Faris Zaharudin,
Pengurus Logistik MyWau Malaysia.