Kita Jaga Sama-sama, Okey? – Mohd Faiz

Seketika tadi, Pengarah Urusan MyWau iaitu En. Mohd Faiz telah memuat naik satu status penghargaan buat semua ahli yang sentiasa bertungkus lumus menambah nilai dalam diri mereka di facebook peribadinya. Dek kerana faktor itu lah yang memberikan semangat luar biasa kepada MyWau untuk buat apa sahaja demi ahli MyWau.

Menurut status itu, En. Faiz menerangkan betapa mencabarnya usaha-usaha yang dilakukan oleh pasukan MyWau apabila menyedari betapa banyaknya shipment yang masih sangkut. Malah, ianya diperam di dalam kontena dalam masa yang agak lama.

En. Faiz juga memaklumkan, trip yang dibuat bukan di dalam kawasan Kuala Lumpur semata-mata. Ada trip yang sampai ke utara Malaysia, Kuantan, Sepang, dan juga Negeri Sembilan. Ianya bukan satu jarak yang dekat. Belum diukur lagi dengan usaha mengangkut semua barangan yang besar dan berat ke lori sebelum diangkut keluar semula.

Jelas En. Faiz lagi, jumlah pengguna MyWau kini telah meningkat kepada 7,000 pengguna yang aktif.

“Inilah sebab mengapa saya mahu terus membantu ahli-ahli yang setia. Semangat ini hadir bukan datangnya dari berapa jumlah shipment mereka dengan MyWau. Tapi lebih kepada, how far they can go! Kejayaan mereka menjual di Facebook, di marketplace, di Shopee, dan kemudiannya membantu meningkatkan ekonomi keluarga mereka, itu lah erti kejayaan yang sebenar buat saya.”

“Mereka ni beli dari 1688, Alibaba dan Wechat. Jual pula di Facebook dan Shopee. Malah ada juga yang menjalankan bisnes Pool Order dan buat borong.”

En. Faiz juga sempat bercerita mengenai seorang ahli yang telah menghubungi beliau.

‘Salam, en. Faiz. Saya xxxx . Kawan UIA dulu. Saja nak kongsi dan ucap terima kasih pada MyWau. Saya baru lepas pantang, tak ada kerja, jadi belajar ilmu borong China dari MyWau. Baru 30 hari buat sebab baru lepas pantang. Sepanjang PKP ni, dapat juga 4 angka income bersih hasil dari MyWau’

 

Ada juga kejayaan para ahli ini dengan dapat membeli kereta idaman mereka. Bukan kaleng-kaleng tau. Vellfire, Alphard, Estima, Ford Ranger dan macam-macam lagi. Yang paling best adalah apabila mereka share mereka dapat bantu suami dan dapat tunaikan impian umrah mereka.

“Sebagai guru, sayalah yang paling gembira dan sangat berbangga dengan pencapaian mereka.”

 

Tidak habis di situ. En. Faiz terus menerus menukilkan kejayaan para ahli iaitu ada yang menjual sekadar di Shopee tapi beroleh keuntungan sehingga RM20,000 ke RM30,000 sebulan. Yang jual gam viral serta barang dapur boleh generate pendapatan sehingga RM40,000 sebulan.

Lafaz tahniah terus diungkapkan oleh En. Faiz sebagai rangkap akhir status beliau.

“Jangan lupa akan zakat perniagaan, sedekah dan terus berikan kebaikan. Lihat kiri kanan jiran, saudara. Hulurkan yang baik-baik.”

Bak kata En. Faiz juga, siapa pun ahli MyWau, mereka adalah juara. Power dan mantul.

Sebagai penutup, Tuan Faiz menyebut:

“Mywau ini kita punya”.

Slogan bukan sekadar slogan. Ianya simbolik kekitaan yang wujud dalam keluarga besar MyWau.

“Kita akan jaga sama-sama okey?”

 

Facebook Shop, Harapan Baru Peniaga?

Usai sahur, aku membuka facebook. Bagi merehatkan sejenak diri selepas mengisi makanan sebagai bahan tenaga baru untuk menjalani ibadah puasa hari ini. Tak sahur, tak ikut sunnah puasa. Tak syok la kan. Baik. Berbalik kepada topik di atas, aku nak share satu perkara ini. Ianya baru saja lalu di timeline Facebook aku. Sangat berbaloi untuk dibaca. Kerana apa? Kerana ianya ditulis sendiri oleh Mark Zuckerberg.

Siapa Mark Zuckerberg ni? Takkanlah tak tahu. Inilah founder kepada Facebook. Aplikasi yang releven., bertahan lama dan kekal fresh di mata pengguna. Friendster ke, MySpace ke, semuanya telah ditapau oleh Facebook. WhatsApp datang pun, Mark turut membelinya. Dia sudah ada messenger apps. Lepas tu Instagram jugak.

Yang aku terasa nak kongsikan pada hari ini adalah, elemen baharu di Facebook, yang baru saja diumumkan oleh Mark Zuckerberg menerusi Facebook personal beliau sejak 4 jam yang lalu (dari saat artikel ini dimuat naik). Apa yang dikatakan features baru tu? Nama features baru ini adalah Facebook Shop.

Facebook Shop ini adalah satu element di mana pengguna Facebook berupaya untuk setup kedainya sendiri. Secara teknikalnya, aku tak dapat nak cerita daripada sudut mana ianya bermula. Sebab di Facebook kita masih belum ada features ini. Amerika ah dulu yang leh guna. Macam tak biasa. Ye dak…

Mark menyatakan, Facebook Shop ini khas dikeluarkan adalah semata-mata untuk menjadi salah satu penyumbang kepada komuniti usahawan yang terjejas teruk dek penangan Covid-19 ini. Bayangkan kedai kita yang dulunya meriah dikunjungi orang ramai, oleh kerana Covid-19, kita terpaksa menutup seluruh operasi. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menambah rasa duka itu. Maka, lebih lama kita berkurung tanpa dapat generate pendapatan apa pun selama berbulan-bulan, lebih teruk bisnes kita akan jadi.

Sumber gambar: https://neilpatel.com/blog/coronavirus/

Bak kata Mark, selepas berhempas pulas mencantumkan idea, merealisasikan secara data seterusnya diaplikasikan di dalam Facebook, akhirnya mereka menemui cara untuk pengguna MyWau memiliki kedai online ini secara percuma. Seperti di Shopee, kita juga bebas untuk setup apa-apa kedai dan jual apa-apa barang yang sah untuk dijual. Facebook Shop pula menetapkan nilai yang lebih tinggi dek kerana live feednya yang luas, serta mencangkupi kehendak social life masayarakat. Yang nilah Shopee pun turut menambah baik features mereka sekarang ini. Humanising the system!

Facebook Shop bolehlah dikatakan antara alternatif yang sangat baik untuk persembahkan produk kita. Yang lagi best Mark kata apa tau… Dia kata, sejurus kita selesai membangunkan satu kedai, secara automatik kedai kita akan wujud di Instagram. Dengan syarat, kita kena sync dululah akaun Facebook dan Instagram. Di sini, pengguna Instagram pula yang akan jadi pengunjung tetap ke kedai kita. Medium komunikasi yang dipilih pula tak lain tak bukan, mestilah medium Messenger Apps dan WhatsApp. Mudah gile kan?

Sumber gambar paparan di facebook: https://about.fb.com/news/2020/05/introducing-facebook-shops/

 


Sumber gambar paparan di Instagram: https://about.fb.com/news/2020/05/introducing-facebook-shops/

 

Tidak lama selepas itu, Mark Zuckerberg turut mendedahkan bahawa, di setiap cerita pasti akan ada nilai tambah untuk meningkatkan keseronokan pengguna. Apa yang Mark akan lancarkan juga adalah features untuk pembeli ‘mencuba’ produk kita secara digital dan online. Maksudnya begini, seandainya anda menjual alatan kosmetik, pembeli berupaya untuk test dulu gincu, atau apa saja yang ada di kedai anda dengan menggunakan fungsi cubaan ini, untuk melihat wajah anda sendiri dengan hasil solekan, sama ada sesuai atau tidak alat solek berkenaan di wajah kita.

Apa yang aku faham, fungsi ini telah pun wujud di dalam ruangan live video call Facebook, di mana kita boleh mencuba sebarang permainan yang menggunakan wajah kita sendiri. Di samping itu, pembeli turut dapat memaparkan perabot atau perkakasan di dalam rumah kita seperti dalam bentuk CGI atau 3D. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keseronokan para pembeli dalam menentukan keputusan mereka. Apa yang aku baca lagi, teknologi yang bakal digunakan oleh Mark adalah Artificial Intelligennce (AI). Dengan AI inilah, sistem dapat membaca struktur muka pembeli, interest mereka dan cara mereka membeli.

Agenda Mark tidak berhenti di situ. Bagi yang mahu stand out kan lagi kedainya, Facebook juga menyediakan Adsnya yang tersendiri. Mungkin kita leh bagi nama baru, iaitu Shop Ads, maybe? Bagi yang dah biasa buat Facebook Ads, ianya pasti tidak akan memeningkan anda. Kalau Mark cipta benda ni, in hard ways, maka boleh la pengusaha teknikal Facebook Ads buat duit pula. Buat duit dengan jualan perkhidmatan pemasaran. Siapa tahu kan? Tak semua power benda-benda IT ni.

Facebook Live Shopping

Tambahan lagi, Facebook Shop juga akan menyediakan platform Live Shopping Features. Bak kata Mark Zuckerberg lah. Orang guna Live Streaming Facebook untuk menjual barang dah lama dah. Bertahun dah. Tengok la setiap pagi, petang atau malam. Ada ja orang share Facebook Live mereka. ‘Share dulu ya. Share dulu.’ Itulah antara tagline yang aku selalu dengar. Maka, Facebook Shop juga mahu menyediakan fungsi sebegitu. Jadi, tak perlu la nak setting live streaming tu semua. Ada produk, wat je live dari kedai anda sendiri. 

Instagram Live Shopping

Mark Zuckerberg telah pun melangkah lebih jauh dan laju. Beliau tahu cara nak utilize sistem Facebooknya sendiri dan kini sedang menuai pendapatan yang cukup tinggi. Facebook Ads pun sudah tidak semurah dulu. Apa sahaja yang berlaku, kita tetap dapat untung juga. Salah setting, rugilah. Kalau interest tepat, objektif iklannya sampai serta tiada isu semasa yang mengganggu algorithm Facebook, memang syoklah buat duit. Rumusannya, Facebook Ads masih lagi releven. Ditambah pula dengan Facebook Shop sebegini, lagilah memberikan kita sumber yang cukup banyak untuk memulakan perniagaan pertama online kita.

Harapan besar Mark adalah untuk melihat kita semua dapat manfaat dari Facebook Shops ini. Bagi ahli-ahli MyWau, inilah masanya. Beli barang dari China, setup kedai di Facebook dan juallah dengan bebasnya. Di Shopee ada, di Facebook pun ada. Tak perlu nak kena buat status menjual je setiap hari di wall kita. Friendlist kita pun naik menyampah. ye dak? So, tunggu dulu pengumuman dari Mark Zuckerberg atau Facebook team di Malaysia. Kita tinggal nak tekan butang Update je la kot dekat playstore atau appstore. Ke korang nak call Mark Zuckerberg terus? Hahaha.

Secara jujurnya aku pun tak sabar nak menelaah serta mencuba benda alah ini. Korang rasa macam mana?

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout